aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Wednesday, January 23, 2013

segmen : I Love Rasulullah



salam alaik :)
petang nie aku nak join satu segmen yang sungguh bermanfaat bagi aku ^_^
tahniah kepada blogger nie NURAINI :)
sape2 nak join boleh klik link purple kat ats nie :)

kat bawah nie banner segmen tu >>

segmen nie dibuat sempena maulidur rasul esok ...
nie  hadis Rasulullah s.a.w mengenai wanita..
  • Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

dalam hadis nie menceritakan tentang aurat perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang..
contoh pemakaian nie kite boleh tengok kat zaman sekarang nie...
yang berpakain tapi serupa bertelanjang...
pakai baju ketat,terdedah sana sini ,nampak bentuk badan...
pakai tudung tapi sanggul tinggi2...
golongan2 nie tak akan masuk syurga dan tak dapat menghidu bauan syurga...
sedangkan bau syurga tu boleh bau dalam jarak yang sangat2 jauh..
bukan aku nak mengata tapi kenyataan nye kite boleh nampak sendiri..
nauzubillahiminzalik semoga aku tak tergolong dalam kalangan tersebut
harap sangat2 muslimah kite sama2 dapat berubah ke arah lebih baik n mengikut syariat Islam yg sebenar :)


sifat2 Rasulullah yang sangat aku kagum..
seperti yang korang tahu Rasulullah mempunyai empat sifat iatu siddiq.amanah,tabligh dan fathonah...
empat-2 sifat tu aku sangat2 kagumi :)

1. Rasulullah bersifat siddiq iaitu benar..
Rasulullah bukan pembohong atau penipu..
segala yang keluar dari mulut baginda benar2...

2. Rasulullah jugak seorang yang amanah..
amanah nie maksud dye betu2 boleh dipercayai..
baginda tak pernah mengunakan kedudukannya sebagai rasul untuk kepentingan peribadinya
atau keluarganya..apa yang dilakukan Rasulullah semata2 untuk kepentingan Islam :)

3. tabligh ertinya menyampaikan...
segala firman ALLAH yang ditujukan kepada manusia disampaikan oleh baginda..
walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri..

4. fathonah ertinya bijaksana ..
Rasulullah seorang yang bijaksana
contohnya dalam peristiwa meletakkan batu hajarul aswad..
baginda dapat menyelesaikan msalah tersebut dengan mudah ..

semoga sifat2 ini dapat kita serap dalam kehidupan kita dan mendapat keredhaan ALLAH :)

dan yang terakhir !!
apa yang aku nak Rasulullah dengar kalau Rasulullah masih ada ??
semestinya aku nak bagitau yang aku sangat2 merindui dan mencintai Rasulullah S.A.W ..
aku sangat kagum dengan peribadi Rasulullah...
aku nak dengar Rasulullah menyampaikan tazkirah ..
aku nak jadi anak murid Rasulullah..

ya ALLAH teringin sangat nak mimpi jumpe  Rasulullah S.A.W :'(
semoga aku akan menjadi umat Rasulullah yang baik dan solehah...
masih cube memperbaiki diri...
indahkan hidup kita kalau dapat jumpe Rasulullah....
sempena maulidur Rasul nie....
perbanyakkanlah berselawat kepada baginda...
dalam surah al-ahzab ayat 56 Allah berfirman :

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya  berselawat kepada nabi muhammad;wahai orang-2 yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya...


Sesiapa dari kalangan umatku yang berselawat kepadaku dengan ikhlas dari dalam hatinya, maka dengan (selawat itu) Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali, mengangkat baginya sepuluh darjat, mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan baginya sepuluh keburukan.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1659]


tak de guna kalau kite cakap kite cintakan Rasulullah,rindukan Rasulullah tapi kite tak berselawat kat baginda..
masih buat perkara yang akan membuat Baginda sedih...
apa yang baginda nak umat dye buat kite tak buat...

berubahlah k muslimah n muslimin sekalian...
masih belum terlambat :)

okee nie saje entry aku kali nie :)
Salam alaik ^_^

P/S : jangan lupe banyakkan berselawat kepada Rasulullah S.A.W..
insyaAllah banyak kebaikan yang kite dapat ^_^

**semoga entry nie bermanfaat ^_^





2 comments:

aini shahroni said...

mashaAllah! semoga Nabi sangat gembira memiliki umat seperti kamu.. moga kita dipertemukan semula bersama-sama Nabi dijannah-Nya..inshaAllah..

^_^ aneyz ^_^ said...

insyaAllah mudah mudahan kita akan bertemu Rasulullah di jannah ^_^