aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Monday, January 14, 2013

#hot entry : aurat wajib ditutup :)





hyep all blogger :)
tengah buat ape??
hope korang sihat larr ye...

hari nie aku nak share sikit mengenai aurat lelaki dan perempuan :)
ramai sekarang nie asyik focus kepada aurat kaum hawa ...
padahal kaum adam juga mempunyai aurat walaupun auratnye tak terlalu banyak seperti hawa..

sepotong ayat dari surah al-a'raf ayat 26 yang bermaksud :

"hai keturunan adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian dan perhiasan yang indah.Dan pakaian takwa itu adalah pakaian yang paling indah "
pengertian aurat :
aurat dari segi bahasa ialah suatu yang mengaibkan.
dari segi istilah pula ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi..
hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan !

okee sekarang da tau kan maksud aurat dan hukum ??
sekarang nak g tau pulak aurat2 yang wajib ditutup bagi lelaki dan perempuan..

aurat yang wajib ditutup bagi lelaki :)

1.aurat lelaki dgn lelaki ialah bahagian tubuh badan antara pusat dengan lututnya.
2.dgn perempuan mahram,bukan mahram,dan bukan islam auratnya antara pusat dengan lutut.

(sebuah hadis riwayat jurhud al-islami,beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w duduk bersama2 kami,pada saat itu paha saya terdedah,lalu baginda bertanya : apakah kamu tidak tahu bahawa paha itu aurat?.)
(diriwayat juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada ali r.a : janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihatkan paha kamu kepada orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yg mati) 
aurat yang wajib ditutup bagi perempuan :)

1.dengan mahram lelaki auratnya  di antara pusat dan lutut.
2.dengan lelaki bukan mahram dan lelaki bukan islam auratnya seluruh tubuh kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
3.aurat perempuan dengan perempuan bukan islam banyak khilaf antara nya :

a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi. 

b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”.

Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak; 

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.

aishah r.a meriwayatkan bahwa asma'binti abu bakar telah datang menziarahi Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis.lalu rasulullah s.a.w bersabda :"wahai asma' sesungguhnya seorang perempuan itu apabila sudah datang haid tidak boleh dilihat auratnya melainkan ini sahaja (baginda mengisyaratkan muka dan tangannya )


sebab2 islam mewajibkan lelaki dan perempuan menutup aurat...

  • untuk menjaga dan memelihara kehormatan dan maruah seseorang
  • menghindarkan diri daripada terjerumus kepada zina
  • membezakan keperibadian antara islam dan bukan islam
  • menggambarkan orang islam taat dan patuh kepada perintah ALLAH s.wt
  • memuliakan manusia sebagai makhluk yang teristimewa
  • bentuk diri manusia supaya mnjadi insan yg beradab
  • dapat mengelak dari fitnah
  • dapat menjaga pandangan mata seseorang dari melihat perkara yang bukan haknya
melambankan keperibadian muslim sejati


pakaian menurut islam ^_^



  • menutupi had aurat yang ditetapkan
  • pakaian yang longgar
  • pakaian yang tidak jarang
  • bukan pakaian yang menarik perhatian orang lain
  • tidak menyerupai pakaian lelaki ( bagi perempuan)
  • tidak menyerupai pakaian perempuan (bagi lelaki)
  • tidak menyamai pakaian orang kafir
  • tidak bertabarruj (berlebih-lebihan )


    1. sekarang ramai sangat aku nampak perempuan pakai tudung tapi baju ketat,lengan pendek,kain terbelah..
      pakai tudung pulak pendek dan terdedah dada,sanggul tinggi2...
      astaghfiruallahalazim..itu bukan cara yang betul menutup aurat...
      menutup aurat bukan sekadar memakai tudung tapi lebih dari tu..
      pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat yang wajib...


      bagi lelaki pula aurat lelaki tidak banyak seperti perempuan tapi masih ada setengah lelaki tidak menutup aurat dengan sempurna..
      masih ade lagi yang pakai seluar pendek yang menampak lutut..
      pakai seluar jeans yang koyak kat lutut...

      sama2 lah kita muhasabah diri balik...
      pertambahkan mana yang kurang..
      mantapkan apa yang ada dalam diri,..

      sekadar perkongsian apa yang aku tahu :)
      kalau ade kekurangan dan kesilapan tegur2lah ye ^_^
      aku pon masih belajar memperbaiki diri...

      :: perbaiki akhlak dan mantap iman ::
      **bukan emas permata yang mempercantikkan anda,melainkan yang mempercantikkan anda
      adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda..

      salam alaik ^_^

    No comments: