aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Sunday, September 29, 2013

Aku Hamasah As-Syabab :')





Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : sekadar luahan hati :') assif jika entry nie menganggu :)

daripada Allah aku datang dan kepada Allah jua aku kembalik :'(
Allahu Rabb mati itu pasti !
setiap yang hidup akan merasai mati .
dan aku tak akan dapat lari dari kematian .
Allah hidupkan aku dekat dunia untuk kumpul amal ibadat .untuk berbakti pada ummah .
tapi ape yang aku buat selama 18 tahun aku hidup ?
aku rasa apa yang aku buat selama nie sia-sia .
banyak benda lagha aku buat .
Allah ! jahilnya hambaMu ni .


maafkan aku ya Allah . dah berkali-kali aku bertaubat tapi aku masih ulang buat dosa .
maafkan aku ya Allah :'(
macam2 cara Kau cuba sedarkan aku . tapi aku hanya sedar sekejap then buat balik dosa .
ya Allah aku ingin selalu berada dalam nur islam-Mu , sentiasa berada di jalan yang Engkau redhai .
bantu ya Allah hadirkan ukhti2 yang mampu untuk membimbing ku jika aku salah .
banyak aku jumpa ukhti/orang yang arif agama kat fb tapi aku takda kekuatan nak mula tegur .
malu aku tak bertempat :(  hmmm .
aku bukan seorang yang peramah . tapi insyaAllah bila dah kenal aku betul2 aku jenis otak yang gila2.



tentang aku hamasah as-syabab .
baru tadi aku habis baca buku tu .
memang hari tu nak beli buku tapi tak dapat jugak beli. banyak halangan .
tapi tadi penulis buku tu bagi soft copy so dapat la aku bace .
Allah memang terkesan kat hati .
memang selama nie aku jauh dari Allah .
selama nie aku sangka aku dah betul2 berubah tapi sebenarnya tak !
ada part2 dalam buku tu buat aku menangis .
Allah, hinanya aku ni .

aku nampak banyak orang dedah aurat tapi aku tak berani nak tegur .
aku nampak orang bersentuhan dengan mahram aku tak berani nak tegur .
aku nampak orang tinggal solat aku tak berani nak tegur .
Allahu Rabbi maafkan aku :'(
bukan aku cakap aku nak tegur aku dah cukup perfect .
bukan!
aku masih  pendosa tanpa noktah .
dosa aku dalam sedar dan tanpa sedar .
aku tak tau apa amalan yang selama nie aku buat Allah terima ke tak .
aku takut kalau aku mati nanti takda satu amalan pun yang mampu aku bawa tunjuk dihadapan Allah .
buku nie jugak dedahkan cara berdakwah .bukan buku nie je yang pernah aku baca tentang dakwah . banyak .tapi aku akan sedar sekejap .aku harap kesedaran aku lepas baca buku nie akan kekal .
memang tak mudah nak istiqamah . tapi aku akan cuba  :)

buku aku hamsah as-syabab jugak buat aku jeles dengan cara persahabatan dalam buku tu.
sungguh aku ingin punya sahabat sejati yang sering ada dengan aku dalam keadaan susah dan senang .
dan aku pun ada dengan dia dalam keadaan susah dan senang .
ya nak cari kawan memang mudah .pergi mana-2 pun boleh je nak dapat kawan .
tapi bukan senang nak jumpa sahabat yang sehati sejiwa dengan kita .
yang tak akan mengutuk kita kat belakang , yang sentiasa beri support .
yang sanggup berkorban untuk kita .
susah nak jumpa sahabat macam tu . dan aku pun rasa aku tak mampu nak buat macam tu kat kawan2 aku yang aku ada sekarang . depa terlalu baik untuk aku . sedangkan aku tak pernah buat apa2 untuk depa .
aku teringin nak jadi kawan yang baik untuk depa . tapi aku tak mampu . maafkan aku teman :')


sekarang nie pun aku tak mampu nak jaga ikhtilat .
aku duk pung pang pasai pergaulan tapi aku pun lebih kurang je sebenarnya .
Allah !
kalau aku post tentang teguran jangan cakap aku berlagak baik .
bukan sebenarnya post2 kat fb tu aku tuju untuk ingatkan diri aku sendiri .
secara tak langsung untuk orang lain jugak .
aku sedar selama nie ramai terasa dengan aku .
maaf aku memang kasar . percakapan aku memang kasar .
sampai ada yang cakap aku marah sedangkan tak ada sikit pun perasaan marah aku waktu tu .
maafkan aku :(
aku cuba kawal cara percakapan aku tapi tak boleh .
tapi aku akan tetap cuba .
mungkin aku akan jadi lebih banyak diam bila bersua muka .
insyaAllah doakan aku untuk kearah lebih baik .
dalam perubahan nie aku sangat perlukan orang untuk support aku .
bile tak da orang support perubahan aku akan jadi sementara je .
aku lemah :(

aku tak tau bile ajal aku .
jadi kalau aku ada buat salah maafkan aku .
jika aku ada berhutang bagi tau aku insyaAllah aku akan cuba langsaikan .
maafkan aku :')


kata-2 dalam gambar nie aku petik dri buku aku hamasah as-syabab :)



salam alaik :')

WaAllahualam .
::segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" terlalu kasar .
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

Thursday, September 5, 2013

mujahadah itu pahit :')

Bismillahirrahmanirrahim .
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s: sedikit luahan hati  yang membosankan :') assif kathir .

kaifa haluk ?
moga kita sentiasa dalam rahmat Allah .
 dah lama rasanya aku tak jenguk blog nie .
ada nampak sebarang sawang or habuk tak .
err insyaAllah takda walaupun aku tak jaga dengan rapi .
aku betul rindu nak berceloteh dekat blog aku nie .
tak kisah la ada orang bace ke tak . aku tak mengharap orang baca tapi kalau ada yang sudi nak baca blog aku yang serba daif dan kekurangan ilmu ni bersyukur Alhamdulillah .
aku tak sehebat ukhti/akhi yang selalu share ilmu di blog or mana2 laman sosial yang lain .
aku tak pandai mengarang or mereka ayat .
apa yang aku taip kat mana2 laman sosial semua yang terlintas kat kepala .
dan kadang2 aku copy paste ilmu yang menarik bagi aku .

dalam duduk memerap kat rumah nie aku terpikir ape motif aku berpurdah ?
Allahu aku rasa aku berpurdah tapi akhlak aku tak sehebat akak2 dan kawan2 aku yang lain yang berpurdah.
banyak sangat khilaf aku :'(
i'm trying to be a right muslimah :'(
ade kawan2 aku tegur yang suara aku kasar macam nak marah orang macam tak sesuai dengan permakain aku yang nampak lemah lembut .
tapi itu memang suara aku . aku try lembutkan tapi sekejap je jadi .
boleh la nak kata biler aku bersembang dengan kawan or family aku mesti ada yang terasa .
Allahu Rabbi, maafkan aku :')
terkadang aku malu dan segan biler orang tanya macam2 kat aku ,panggil aku ustazah .
depa pandang aku macam aku ada ilmu yang banyak . padahal aku masih bertatih mencari ilmu .
tanya pendapat aku padahal mereka lebih hebat dari aku .
aku tak sehebat yang disangka . aku banyak kekurangan :'(
aku nampak baik sebab Allah tutup aib aku . kalau tidak aku adalah manusia yang paling teruk :')

ade yang tanya aku macam mana nak jadi muslimah sejati ?
jawapan aku berMUJAHADAHlah !
mujahadah tu ape ?
Mujahadah atau jalan menuju Allah itu berasal daripada perkataan jihad ertinya berjuang  bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan . Di jalan ini, hamba yang inginkan keredhaan Allah terpaksa berperang dengan musuh yang ada dalam diri sendiri .
siapa musuh yang ada dalam diri kita nie ?
musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu . perang dalam diri inilah yang paling hebat dan dahsyat .
insyaAllah dengan mujahadah ni akan buat kita jadi seorang muslimah sejati.
TAPI mujahadah nie bukan senang dan banyak kepahitannya .
seperti yang aku cakap kat atas tadi nak berperang dengan diri sendiri ni lah perang yang paling SUSAH  sebab manusia nie mudah terpengaruh .
tambah2 dalam dunia yang serba moden nie . bermacam2 godaan ada .
dari segi FESYEN ,PERGAULAN , TEKNOLOGI dan macam2 lagi .
fesyen sekarang banyak sangat yang pelik . bertudung tapi pakaian ketat terdedah sana sini .
pergaulan sekarang yang terlampau bebas . berdua-duan , berpeluk-peluk sekarang ni orang pandang remeh je , pandang sebelah mata . nampak tu perkara normal dan macam tak salah langsung .
teknologi sekarang yang mudah nak dapat macam2 benda .

selain dari tu . nak menuju jalan Allah ni bukan senang . sebab dalam perjalanan kita menuju ke jalan Allah macam-macam jenis dugaan dan cabaran yang bakal kita tempuhi.
ada dikalangan kita termasuk aku sendiri biler kena dilanda ujian mesti merungut .antara rungutan yang sering aku dengar >>

"ya Allah berat sungguh ujian yang Kau beri "
"ya Allah aku tak kuat"
"ya Allah aku tak mampu nak tanggung semua ujian ni"
"ya Allah kenapa sebegini ujian yang Kau berikan pada aku"
"susahnya ya Allah nak menuju ke jalanMu"

dan macam2 lagi la rungutan yang boleh kita dengar .

Allahu Rabbi ujian yang kita terima sekarang nie tak sehebat ujian yang para nabi dan para sahabat terima dulu .
nak capai kebahagiaan bukan senang2 je nak dapat . mesti la ada ujian saringan dulu .
cuba hayati hadis kat bawah ni >>
“ Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2 : Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?.  
so kita dah rasa cukup beriman ke sampai mengeluh macam2 ?
 saidina Ali pernah berpesan "Beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan"
banyak kepahitan yang perlu ditempuhi untuk menempaj syurga yang abadi nan indah :')

dalam hidup ni manusian akan berhadapan dengan dua perkara .
1. perkara yang perlu dilakukan .
2. perkara yang suka dilakukan .
 
sebagai contoh solat subuh . bila masuknya waktu solat subuh perkara yang perlu kita lakukan ialah bersihkan diri , ambil wuduk dan solat . tapi apa perkara yang kita suka lakukan time2 macam tu ?

mestilah sambung tidur dengan lena sebab waktu2 macam tu la paling best nak tidur pun .
nyaman, sejuk dan gelap . betul tak ?
apa yang patut kita lakukan waktu tu ? mesti la solatkan .  tapi  apa yang nafsu inginkan ? semsestinya nak sambung tidur balik .
waktu ni lah yang kita kena cuba lawan nafsu . tak ada jalan lain yang perlu kita lakukan melainka melawan nafsu dengan terus bangun menunaikan solat .
untuk berjaya kita kena lakukan perkara yang kita perlu lakukan dan bukan hanya melakukan perkara yang kita suka lakukan .
untuk mencapai apa yang diingini , kita mesti melakukan perubahan .kena perlu lebih berusaha dan menambah lebih banyak ilmu . dengan kata ringkas kita perlu berMUJAHADAH dan berubah.
tapi perubahan itu awkward - pelik dan tak selesa .
untuk melakukan perubahan perlu mempunyai ketabahan yang kuat, keberanian dan istiqamah .
“Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”

dalam kehidupan tiada yang percuma . apatah lagi untuk mendapatkan syurga . siapkan diri kita menerima kepahitan didunia sementara menanti nikmat yang berada di syurga .
sudah ditakdirkan jalan menuju Allah itu penuh dengan godaan,ujian dan kesukaran . tetapi adakah kita sengaja menempah susah ? Tidak sama sekali , kita hanya rela menerima kepahitan yang sementara untuk mendapatkan kesenangan yang abadi .
sesungguhnya jalan mujahadah itu jalan kita yang paling tepat !
di jalan itu , sering berlaku dialog dalam diri . apabila susah melanda , kita merintih . apabila godaan mendatang, kita cuba bertahan . apabila nikmat menjelma , kita lega . tetapi tidak lama , sukar pun datang mencabar , kita cuba sabar :') - nurmujahadahsolehah-
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar:10)
maafkan aku jika aku salah . tegurlah aku jika terlihat kekhilafan ku :'(
pendosa tanpa noktah !

salam alaik ^_^

WaAllahualam .
::segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" terlalu kasar .
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

Friday, July 26, 2013

dua fasa dalam hidup .




Bismillahirrahmnirrahim.
(Dengan nam Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)

p/s : sumber rujukan :: buku sahaja aku mencintai-MU .
assif kalau ade kekurangan dalam entry nie . kalau ade penambahan boleh la share ye :)
assif ayat tunggang terbalik sikit .

kaifa haluk ?
semoga semua dalam lindungan Allah .
lama aku tak update blog nie an ?
budak sekola katakan .
kembali ke hostel setelah 3 tahun aku tinggalkan suasana tu .
hostel sekarang lebih mencabar jiwa dan raga .
haha ayat aku terlalu meloyakan anak tekak kan ?
abaikan semua tu ! hehe
sejak dua menjak nie aku selalu update fb aku tentang ujian , sabar n sewaktu dengannya la .
sape yang friend ngan aku mestu tau punye .dan malam nie maybe entry lebih kurang macam tu jugak .hehe
memandangkan aku dah lame tak update blog aku yang hampir nak bersawang nie .
so malam nan indah nie aku nak update le sikit .
nak share ilmu yang aku bace .
nak tahu ke dop ?
nak?
ok aku share sat lagi .
tak nak ?
kisah ape aku . aku still nak share jugop :)
sorry termelalut pulak .
baik aku stop melalut . daripada korang nak bace blog aku nie biler tengok aku melalut terus tekan button 'X' kat atas tu .
assif jiddan la ye akhi wa ukhti . teman memang cenggini ^^

ok jom berkongsi ilmu .
aku tahu ramai yang lagi expert dari aku yang serba jahil nie .
if ade penambahan boleh ler share ngan aku k :)

nampakkan tajuk entry aku kat tu ?
apa DUA fasa yang ade dalam hidup kita ni ?
Dua fasa yang aku maksudkan tu adalah SABAR dan REDHA .
manusia nie secara tidak lansung terlibat dengan dua fasa .
fasa pertama ialah SABAR dan fasa kedua REDHA .
dalam hidup nie banyak perkara yang memerlukan kesabaran .
contoh kena maki, kena ejek, kena marah , kena hina , kena buat sesuatu yang tak suka .
semua tu memerlukan kesabaran .
macam  aku punya cite.  kena belajar dekat tempat yang buat aku stress sampai  tak boleh focus nak study disebabkan terlalu banyak masalah dekat tempat tu . kena berhadapan dengan manusia yang tahu cari kesalahan je , yang tahu nak mengutuk dan macam2 lagi la .
dan semua keadaan tu dia kena banyak bersabar .
Tapi biler dah terlalu banyak bersabar nie confirm HATI ni akan rasa 'panas' or 'bengang' kan ?
namun kita tak melepaskannya dengan tindakan . kenapa ?
sebab kita sedar yang kita sedang berada dalam fasa 'bersabar' .
kita still cuba jalani hidup seharian seperti walaupun dalam hati rasa macam nak meletus api kemarahan tu .
tapi hari yang seterusnya tetap sama . penuh dugaan yang perlu ditempuhi .penuh dengan kesabaran .
Bukankah sabar itu bagus ?
yes sabar itu memang satu sifat yang bagus . tapi mampu ke kita nak bersabar je . sabar yang terlalu lama boleh buat kita jadi HILANG SABAR .
pada masa nie la kita kena melangkah ke fasa Kedua iaitu REDHA .
macam mana fasa sabar boleh beralih kepada REDHA .
ok mai aku bagi contoh sikit .
contoh kita sering diejek dan dimaki . tapi macam mane diri kita memandang perkara tu dari sudut positif dan menuju ke fasa redha ?
kite cube bermonolog dengan diri sendiri ." tak pa la . mungkin mereka tak paham . salah aku juga tak nak tegur dan cuba bagi nasihat . kalau ejekan itu benar ada dalam diri ini , aku perlu perbaiki . jika tidak benar pedulikan sahaja . semoga Allah member petunjuk kepada mereka "

dari ape yang aku taip kat atas nie mesti ade yang cakap 
"hg cakap senang la . try kena kat batang hidung sendiri" 
yes aku tahu memang susah nak buat . sebab aku pun pernah dalam situasi ni dan masih dalam situasi ni .
sampai penah biler ade masalah rasa nak mati je .
tapi kalau mati. masalah aku akan selesai ke ? tak sama sekali . malah masalah aku kat alam akhirat lagi dahsyat .
memang benda nie susah kita nak buat tapi tak salahkan kita usaha dan cuba dulu?
terus mentaati Allah . insyaAllah kemanisan ibadah tu kita dapat capai .
yang penting hati kita kena ikhlas .

macam aku sekarang nie tercampak dekat tempat yang membuatkan aku kadang2 macam orang hilang akal . pernah terpikir kenapa aku yang kena hadapi semua tu sedangkan kawan aku yang lain ok je kat luar sana .
tengah elok study kat tempat yang depa nak . dan biler pikir balik . muhasabah diri balik dengan kawan yang senasib dengan aku . mungkin Allah nak uji kesabaran kami  . nak uji ketaatan kami padaNya . mungkin ujian yang kami dapat nie kawan yang lain tak mampu tanggung . dan biler dah muhasabah macam tu .
hati nie rase tenang sikit .walaupun biler masalah datang balik rase nak memberontak balik .
tapi kami cuba sabar dan redha .

seperti firman Allah yang bermaksud ::

"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu dugaan, sebagaimana orang2 terdahulu sebelum kamu?" [Al-Baqarah-214]

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami ; ampunilah kami ; dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah 286)

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).

no matter what, you have Him 
ok tu je la semoga ape yang aku share nie bermanfaat untuk korang .
if ade yang silap boleh tegur2 k .


salam alaik ^_^

WaAllahualam .
::segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" terlalu kasar .
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

Saturday, June 29, 2013

ujian itu tanda kasih sayang Allah

Bismillahirrahmanirrahim .
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : assif jiddan kalau entry nie membosankan .
sekadar perkongsian . ada yang tak betul harap sama-2 dapat tegur :)
maaf atas font tulisan n background yg tak berapa betoi >.<

alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi coz bagi aku peluang untuk hidup dan terus bernafas lagi hari nie :')
maaf sebab dah lama tak update blog nie .
takda masa nak update lagi pun sekarang aku dah duduk hostel . amik form 6 dekat kerian .
malam nie baru berpeluang nak update blog nie .
hope sudilah bace noh ^^

oke aku nak share pasai ujian dari Allah .
macam yang kita semua tahu ujian itu tanda Allah nak uji keimanan , kesabaran kita .
bohong la kalau biler kita ditimpa satu masalah kita tak merungut or mengeluh .
ada juga secara tak sengaja ter'marah' pada Dia .
jom sama-2 kita buka minda kenapa Allah berikan ujian buat hambaNya .

hari berganti hari . di celah-2 hari yang kita jalani tanpa disedari atau tak ,manusia sebenarnya telah tempuh pelbagai ujian dan dugaan . ujian-2 nie datang menyapa dalam pelbagai rupa . setiap orang pasti akan diuji tapi berbeza-beza mengikut kemampuan masing-2 .
seperti yang tertulis dalam surah Al-baqarah ayat 286 ::
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya , ia mendaat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya "
Allah telah menyatakan dengan jelas dalam Al-quran bahawa Allah tak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya . so setiap ujian yang Allah berikan buat kita tu Allah dah tau yang kita kuat untuk hadapi sebab itu ujian tu Allah berikan buat kita .
kat sini kita dah dapat lihat bertapa kasihnya Allah kepada hambanya . Allah uji kita bukan sebab Allah benci or nak bebankan kita tapi percayalah Allah uji kita kerana Dia sangat kasih kepada hambaNya .
cuma kita je yang tak mampu bertahan dan sabar untuk hadapi segala ujianNya .
kita boleh tengok sekarang nie kita hidup bahagia . tapi kat luar sana berjuta manusia sedang ditimpa pelbagai ujian yang lebih dahsyat dari kita . ada yang diuji dengan kehilangan orang tersayang , ada yang diuji dengan kemiskinan dan macam2 lagi . tapi ada kita bersyukur dengan apa yang kita dapat sekarang ?
Allahu muhasabah diri balik .

setiap kali diuji pasti ada terkeluar persoalan nie dari mulut kita

"kenapa aku yang diuji ?"
"mengapa aku diuji sebegini?"
"Allah ujian ini sangat berat bagiku . aku tak mampu .."
"kenapa aku je yang kena hadapi semua ni sedangkan yang lain hidup bahagia ? "

tetapi apabila kita tenangkan diri dan cuba muhasabah . sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung . kenapa ? coz ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba yang terpilih saja . hamba yang dikasihi dan disayangiNYa .dan ujian juga adalah pertolongan dari Allah seperti yang dinyatakan dalam Al-quran surah al-baqarah ayat 214 ::




Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 

kita sebagai manusia tak mampu nak jangka bila ujian akan tiba .
tapi saat ujian tiba , mampu ke kita nak  bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah dari Allah ?
manusia ni mudah lupa . sentiasa lalai dan leka dengan keasyikan duniawi  tanpa kita sedar yang kita hanyalah hamba Dia yang esa .
so apa yang boleh buat kita kembali bangkit dari kelalaian nie ? Ujian ? yup ujian yang datang nie yang mampu buat kita sedar dari kelalaian dan kealpaan duniawi nie .

Allah maha mengetahui . mungkin tanpa hadirnya ujian untuk kita , kita akan jadi manusia yang hanyut dalam keasyikan dunia tanpa sedikit pun ingat pada yang Esa . ujian yang dikirim oleh Allah buat hambaNya adalah untuk menilai sejauh mana keimanan hamba terhadapNya .
seperti yang tertulis dalam surah Al-ankabut ayat 2

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

buat entry nie sebab family aku baru ditimpa ujian  .
ujian family aku tak lah berat mana tapi ujian nie datang secara mengejut .
abang aku yang kedua baru excident dengan lori petang khamis hari itu .
banyak juga kecederaan yang dia kena .
mungkin nie kafarah dosa buat dia .(sakit itu kifarah dosa kan ? )
mungkin lepas nie dia akan jadi hamba yang lebih taat pada Allah :')
nie juga ujian buat dia n wife  (baru kawin 20 mei hari tu)
nak uji kesabaran wife die yang sibuk sambung study dekat usm penang .
Alhamdulillah sepanjang abang aku sakit aku nampak keikhlasan n kesabaran kak ipar aku .
alhamdulillah dah nampak perubahan positif abang aku  lepas die dah keluar dari icu .

kat tempat aku belajar sekarang nie pun ade jugak sedikit ujian yang aku kena tempuh bersama sahabat2 aku .
harap sangat kami mampu bertahan dengan ujian-2 nie :')


Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).


so sama-2 kita mehasabah diri balik dan nilai balik segala prasangka buruk time kita diuji .
setiap apa yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya :')
mohon doa dari kalian yang baca entry nie supaya abang ambe cepat sembuh :')

gambar abang di hospital columbia -->



dalam wad icu .


dalam wad icu .


haziq tido dengan pakngah die di hospital columbia taiping ^^


sebelum operate .

Salam alaik ^_^

WaAllahualam
::segala yang baik datang  dari ALLAH dan yang buru datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar..
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)




Friday, May 31, 2013

Tadabbur tu ape ?

Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.)
p/s : hope dapat tambah ilmu korang biler bace entry nie :)
assif kalau ade kekurangan n membosankan ^_^

salam alaik bloggers :)  
*bagi salam dua kali takpa kan? *
sebelum aku nak mengarut lebih panjang sila jawab salam aku dulu ye ^_^

dah lama aku tak buat status pasai benda bermanfaatkan ?
hehe sebenaqnya aku malas sangat nak update blog nie .
lagi pun dua minggu hari tu aku dah jadi student sekolah balik duduk hostel lagi tu .
time aku duduk hostel tu  mesti la ada prep bagaikan walaupun sebenarnya aku tak stat kelas lagi .
waktu prep tu aku pegang al-quran then aku cakap kat kawan aku "jom tadabbur al-quran"
padahal aku pon tak tau "tadabbur" tu ape ?
see ! bertapa jahilnya aku >.<
aku rasa macam aku tau maksud tadabbur tu tapi aku tak pasti .
dalam kepala otak aku tadabbur tu macam mengkaji maksud al-quran .
tapi aku tak tau la betul ke tak .
then tadi time aku tengah dok ber"facebook" ternampak friend fb aku buat status then ade tulis tadabbur .
nak tanya kat orang tu maksud tadabbur aku segan  so aku pon tanya pakcik Google je lah .
tengok ! nak belajar yang tak tau pon segan . *hanis teruk !
so tengah2 dok search tu terjumpa la maksud tadabbur tu ape .
nak tau ka ?
aku copy paste je la noh :)

apa itu tadabbur ?

  • Tadabbur adalah perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan secara mendalam.
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Muhammad ayat 24

  • MAKSUD tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik. Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya. Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri.


Tanda-tanda tadabbur
Allah telah menyebutkan dalam Al-Qur’an berkaitan dengan tanda-tanda tadabbur. Allah Ta’ala berfirman,
Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad).” (QS. Al-Ma’idah: 83).

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfaal: 2).
“Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata, “Siapakah diantara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira.”(QS. At-Taubah: 124).
“Katakanlah, “Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang yang diberi pengetahuan sebenarnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, “Mahasuci Rabb kami, sesungguhnya janji Rabb kami pasti dipenuhi.” Dan mereka menyungkur aras muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-Israa’:107-109)
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (QS. Maryam: 58).
”Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Rabb mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.” (QS. Al-Furqan: 73).
“Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata, “Kami beriman kepadanya, sesunguhnya Al-Qur’an itu adalah suatu kebenaran dari Rabb kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan (nya).” (QS. Al-Qashash: 53).


Maka, dapat disimpulkan tanda-tanda tadabbur, yaitu:
1. Menyatukan hati dan fikiran kerika membaca Al-Qur’an.
2. Menangis kerana takut kepada Allah
3. Bertambahnya kekhusyu’an
4. Bertambahnya iman
5. Berasa bahagia dan gembira.
6. Gemetar kerana rasa takut kepada Allah, kemudian diikuti dengan pengharapan dan ketenangan.
7. Bersujud sebagai bentuk pengagungan terhadap Allah.

Tapi macam mana yer nak bertadabbur? Persoalan sungguh! 
*forwarded yang bawah ni. tapi input dia 'kena'.

Sedar 
Pada ana awwalan, kita harus sedar dan faham, ilmu tu dari Allah. Pucuk tadabbur yang kita inginkan harus pula bermula dengan benih ikhlas niat kita untuk Allah. Jika ikhlas yang kita niatkan, insyaALlah ikhlas yg akan kita dapat. Kan hadis popular menyatakan sebegitu, innamal a'malu binniaat

Adab 
Adab harus ada. Bukan bermaksud adab semata dengan bersimpuh dan menjunjung sembah duli. Tetapi, adab hati, adabnya syahadah perlu untuk kita turuti. 
Bermulalah dengan mengetuk pintu istana: Rabbi zidni 'ilmuk. Ya Rabb ku, tambahkanlah akan daku 3ilmuMu. 

Kemudian bukalah gerbang husnusdzhon kepada ALlah, seluas-luasnya. 
Panjat tangga usaha dan doa, segigih-gigihnya. 

Kemudian mengadaplah... Mengadaplah sebagai hamba, bukan sebagai Tuan! InsyaAllah. 
Allah itu Al Rahman dan Al Raheem. 

Latihan 
Ustaz ana pernah mengajarkan, antara latihan tadabbur ialah mencatitkan apa-apa kaitan yang timbul dalam fikiran kita setiap kali kita melalui sesuatu ayat. Catitkan, kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang ini dengan apa yang Allah ceritakan telah berlaku. 

Receptors 
Antara deria pembelajaran manusia yang paling sensitif ialah 3: 
1) Visual - visual 
2) Auditory - bunyi dan 
3) Kinesthetic - (pe)rasa(an). 
Ingat ayat dalam Surah Al Mulk dan As Sajdah : "waja'a lalakumu sam'a wal abshoro wal afidah - qalilamma tasykurun." 

Manusia mempunyai kepekaan yg berbeza-beza terhadap ketiga-tiga deria ini. Ada orang lebih peka kepada visual, ada kepada auditori dan ada kinesthetik. 

Uji dan kenali 
Kenalpasti di mana kepekaan kita. Bagaimana? 
Cuba dapatkan kembali satu pengalaman dalam hidup antum, samada berlaku semalam, telah lama dahulu, hari ini, atau akan berlaku. Suatu pengalaman yang memberikan suatu kepuasan, kegembiraan, keseronokkan. 
Gambarkan 
Bagi ahli visual, gambarkan neraka, gambarkan angin berdebu yangbertiup, dan manusia mujrimun pada suatu ketika tertunduk malu, pada ketika lain terbelalak mata mereka ketika hari perhitunga. Gambarkan zaqqum. Buah nan berduri. Gambarkan nanah mendidih yang dituangkan masuk kekerongkong, dan mainkan gambaran wajah itu adalah wajah kita yang meminumnya bagaikan unta yang kehausan. 

Dengarkan 
Atau dengarkanlah pekik marah neraka ketika manusia mujrimun dilemparkan kedalamnya. Dengarlah lidah-lidah api yang hitam pekat menyambar. Bunyi taufan, pekik raung. Dengarkanlah. 

Rasakan 
Atau rasakanlah azab yang pedih. Rasakanlah zaqqum yang menyendat masuk melalui kerongkongan kita. Rasakanlah panasnya api hinggakan manusia tidak pula mati dan tidak pula hidup! 

Subjek/Fokus 
Halakan projeksi-projeksi tersebut kepada kita. Jadikan kita subjek apa yang diperkatakan oleh Allah dalam Quran. Bukan "mereka". 

Jika diceritakan bertelekan mereka ddidalam syurga, diladeni oleh wildan yag sebaya. Bayangkanlah itu wajah kita. Dan bersedihlah, kita tidak mampu menhendaki itu. Melainkan dengan kehendak Allah. 

Bila terbakarnya penghuni neraka, itulah kita, kerana disitulah layaknya kita dengan pengkhianatan kita selama ini. 

Semuanya kita. Bukan mereka. Takutlah sekiranya kita tergolong dalam golongan kuffar. Kuffar yang menutupi hak dengan batil. Dan takutlah sekiranya bukan kita yang tergolong dalam golongan muslimun yang tunduk menyerah kepada Allah. 

Bahasa 
Peripentingnya mengetahui bahasa arab, InsyaAllah akan banyak menolong. Tetapi jangan dijadikan tidak tahu bahasa arab itu penghalang tadabbur. 

Gunakan terjemahan. Musyhaf dikanan terjemahan dikiri. Baca satu demi satu ayat. Fikirkan apa yang diperkatakan, subjek ayat, pembuat,siapa buat? Keadaan. Kaitan. Dan berhenti/pause, ketika ayat itu membawakan atau menarik perhatian kita. 

Istiqamah 
Ulangi. Dan ulangi sesuatu ayat/surah. Fokus. Biar faham benar satu surah daripada tak faham benar satu quran. 

Fokus 
Tarik diri anda ke alam quran. Ketepikan distraction lain. Cari suasana yg membantu fokus. Kedutkan kening. Tumpukan hala pandangan kepadanya. Cari khusyuk. 

Tangis 
Tangisi diri kita. Ubah intonasi ketika ayat-ayat tertentu menyuruh antum berbuat demikian. 

Akhir 
Akhiri dengan tidak menutup gerbang husnusdzon. Berbaik sangkalah dengan Allah, samada berhasil atau tidak kita khusyuk didalam taman-taman atau lubang dan jurang al quran. Kerana "la yamassuhu illal mut^ohharun". Khusyuk itu, tadabbur itu,ilmu itu dari Allah semata. Bukan kehandalan diri. 



Allahu Rabbi tersentuh bace blog ukhti yang aku copy paste nie :'(
rasa aku jauh sangat dalam mendalami al-quran .
baca al-quran selalu laju kemain dalam kepala nak cepat khatam .
mana tau entah-2 tajwid tak betul .
tak pernah nak hayati maksud setiap bait ayat tu .
Allahu jahilnya aku ya Allah .
penah aku bace al-quran sambil nangis tu pon sebab aku tengah ada masalah .
sebab sedih biler ada kematian . sebab takut biler dengar cerita hari kiamat .
tapi tu semua sekejap je esoknya aku buat perangai lagha balik .
macam mana nak istiqomah dalam perubahan ye ?
aku teringin nak hafaz al-quran tapi rasa macam tak mampu .
nak menghafaz time thanawi hari tu pun merangkak-2 je .
tapi belum cuba belum tau kan ?

ya Allah I need Your help to be a better Muslim . I know I make it hard on myself and don't try as hard as I should but please don't give up on me 

I need You Allah 
don't leave me alone ya Allah  




Salam alaik ^_^

WaAllahualam
::segala yang baik datang  dari ALLAH dan yang buru datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar..
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)



Wednesday, May 29, 2013

Allahu Rabbi peningnya !





Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : sapa yang baca entry nie mohon pendapat korang :)
assif entry ni ayat agak tunggang terbalik dan merapu sikit :p
jangan marah eih kalau bosan ^^

kaifa haluk ?
hope sihat-2 la sume ye :)
sapa ex spm 2012 dapat sambung study kat mana ?
mai share ngan aku .
tu pon kalau sudi nak share . kalau takmau tak pe la . ambe tak pakse :)

bagi yang da tau nak sambung study mana gud luck ok .
belajaq betoi2 jangan main2 . nanti menyesal tak sudah biler dah gagal exam .
sapa yang dah tau kat mana nak study tu untung la .
emm aku nie still problem lagi nak pilih yang mana satu .
adoii serius pening .
dulu time form 5 tengok akak2 yang sibuk dok pikir nak sambung study mana .
nak urus macam2 aku boleh cakap "relax la nak sambung study ja pon nak kalut2 apa"
see ! bertapa hampehnya aku dulu sekarang kena kat diri sendiri baru rasa pening macam nak pecah kepala pikir .
nie sapa yang baca blog aku yang bosan nie please bagi pendapat kat aku :'(
aku dapat poli behrang dan pada masa yang sama aku dah masuk form 6 selama 2 minggu .
poli aku dapat kos dip.kejuruteraan elektronik (komputer) dan form 6 aku dapat kemanusiaan .
aku tak tau lagi kesusahan subjek form 6 nie macam mana sebab tak start belajar lagi ..
tapi aku tengok akak2 form 6 cakap macam susah ja .
oit anis mana ada belajar yang senang ! semua susah yang penting usaha ja (ceh pandai pulak motivate diri sendiri)
aku nak masuk poli sebab kos yang aku dapat tu aku minat .
btw aku sayang nak tinggal form 6 sebab aku taknak tinggal subjek agama .
dan aku tak tau lagi suasana kat poli tu macam mana .
sosial dia macam mana .
Allahu Rabbi pening la nak pilih yang mana .
solat istikharah dah buat but still kabur .
sat rasa nak p poli sat lagi rasa nak stay form 6 .
aku kerat dua badan jugak satgi .
satu p poli satu lagi stay form 6 .
kalau kerat dua badan tu hidup lagi takpa la .
eh eh .
boleh tak aku buat notis suruh orang masuk meminang aku ?
tak payah pikir pasai study terus kawin . kalau dapat laki yang kaya boleh la dok goyang kaki kalau sebaliknya hg jenoh anis .
haha punya desperate la hg ni hanis !
tak mau la aku kawin awai . idok le teman tak sanggup nak pikul tanggungjawab .
haha nurul hanis dah mula melalut .ayat pon dah terabur .


Allahu Rabbi bagi lah petunjukMu .
jangan bagi aku tersilap langkah .
aku takut t aku masuk poli aku terikut orang yang salah .
macam2 ada dalam kepala otak aku sekarang nie .
bisikan syaitan pon ado ni ! syuhh syuhh syetan p jauh dari hidup aku !
sape2 yang tau suasana kat poli behrang,perak tu macam mana tolong bagi tau aku ..
mintak tolong sesangat :(


Salam alaik ^^
WaAllahualam
::segala yang baik datang  dari ALLAH dan yang buru datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar..
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)




Saturday, May 4, 2013

pengalaman terINDAH ^_^


Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : nie entry pasai PAS :) if ada yang tak suka pas jangan cakap perkara tak elok tentang entry nie :)
dalam entry nie kongsi pasai keterujaan aku join Flasmob ^^

kaifa haluk my readers ?
hope sihat-2 la ye .
tak mau sakit-2 esok nak p buang undi dah :)
esok masa depan negara akan ditentukan oleh Rakyat .
haha aku cakap pon dah poyo semacam .
abaikan ayat aku yang poyo dan tak bertauliah tu  ye .

ok back to the story .
nak share pengalaman aku join flashmob PAS tadi .
if ade yang tak sokong PAS tak nak baca entry ni pon boleh .
nak baca jugak terpulanglah aku tak halang :)
ni negara demokrasi (ceh tetibe bab negara pulop)
Flashmob tadi aku join Ameerah n ade jugak campur dengan muslimat n muslimin pas yang lain .
yang paling awesome kawan-2 aku pon join sekali .
kawan aku yang join tu Nadia ,Zakirah ,Syafini and Adila (adik pini)
haha lagi bertambah ke'excited'an aku .
dah ada member yang rapat confirm perasaan malu nak edar risalah tu kurang sebab ada Geng .
1st time aku edar risalah kat traffic light .
time orang berhenti lampu merah aku n member edar risalah .
time tu nak kata tak da perasaan malu tipu sangat la kan .
malu tu still ade but try lawan .
ada yang aku bagi tak nak amik mungkin malas nak bukak tingkap kot (husnudzon)
dan ada yang tak sampai kat kereta dia lagi dah panggil nak risalah tuh .
macam gelagat ada . aku kena marah pon ade jugak .
tapi abaikan je la . orang tak nak aku nak buat camna ?
takkan nak cekik dia suruh amik jugak risalah yang aku bagi  tu ?
ohoi aku bukan gangster nak cekik orang ^^
tak nak amik biarkan hope hati terbuka time nak mengundi tuh dia nampak bulan je:)
ada yang tegur kit0rang tak panas ke duduk tengah-2 panas .
ya Allah hanya Allah je yang tau bertapa berpeluhnya aku dengan kawan time tu .
tapi dah semangat punya pasai buat jugak :)
lupa nak bagitau aku stat buat tu pukul 3 sampai kol 6.50 petang .
tak silap aku la aku tak tengok jam time tu .
anggaran aku je .
pukul 5 berhentu sat semua p solat asar dulu kat masjid kamunting .
aku , nadia , zakirah p jalan kaki balik rumah nadia solat .
lepas solat sambung balik dekat masjid kamunting .
nadh bawak keta ! time perjalanan nak p masjid kamunting banyak nampak keta bawak bendera pas dan ada buat flashmob .
kit0rang ape lagi hon abis abisan la :)
perghh semangat ooo biler orang bagi sokongan .
Hon hon bagai .
aku suka !!!
and ada jugak pemuda BN buat pusing-2 kat situ .
tak tau apa motif dia .
mungkin nak join sekali kut :)
lepas abis buat flashmob nadh antar aku balik rumah sebelum singgah giant solat dulu .
time p giant saja pakai mafla PAS orang usha pelik ja .
btw ni pengalaman best aku ngan member aku .
awesome sungguh !
mak aku sampai malam ade keje lagi . malam nie mak p trong pulok.
bangga dengan mak aku :)
nak tengok video n gambar ?
satgi kat bawah aku bagi tengok noh ^^
esok nak p berkempen pulak time orang mengundi .
mybe sekali dengan kawan-kawan aku yang sporting abis :)
jom sapa nak join? jangan buat kacau dah la .
berkempen-kempen jugak adab sebagai orang islam kena jaga .
kita berhemah :)

haaa! dengar citer tadi ade setengah tempat yang buat flashmob sampai berdarah-darah .
Allahu kenapa sampai macam tu ?
PKR tak dpat peluang nak berkempen di media massa .
kenapa sampai kami buat kempen di jalan pon kena ganggu ?
tak da buat apa-2 salah juz berdiri di tepi jalan dan pegang banner .
tak buat apa-2 rusuhan pun dari pihak kami !


sebelum aku mengarut lebih panjang nah video n gambar :)










assif  nak upload kat sini slow sesangat-2 .
video akan di upload Fb coz line kat rumah aku macam kura-kura nak belajar berjalan :)


Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

Wednesday, May 1, 2013

dalam Dilema :(

Allah i need your help n strength :')
Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : entry nie luahan perasaan aku ja .
tak nak bace pon takpe . tapi kalau nak bagi idea or motivasi kat aku sangat dialu-alukan :)

hai mood tak baik hari ni :(
pening nak ambik stpm aliran apa .
dapat tawaran aliran agama .
but aku low bahasa arab .
result spm hari tu pun dapat C ja  (nak gelak dengan result aku pon gelak la)
aku tak pandai mana dan aliran agama WAJIB amik bahasa arab .
ya Allah mampu ke aku ?
aku nak amik aliran lain tapi mak aku tak bagi :(
mak aku nak aku amik aliran agama jugak .
mak nak aku p mesir !
ya Allah tinggi betoi angan-angan mak aku .
kalau aku tak dapat p mesir camna ?
mesti mak aku sedih .
urghh pening la .
mak aku risau kalau aku amik aliran lain perangai aku berubah, cara pemakaian aku berubah .
aku nak kata senang terikut dengan orang tu tak la jugak .
tapi dah mak risau sangat nak buat camna .
8 mei nie daftar stpm kat Kerian .
time tu baru tau aku akan amik ape .
lagi satu yang aku risau aku takut takda kawan .
haha aku nie tak boleh tanpa kawan (salah satu kelemahan aku)
dan aku nie bukan peramah yang nak start bertegur dan mula perkenalan dulu (itu bukan aku)
tapi biler dah kenai insyaAllah aku boleh jadi diri aku yang agak mereng .
kawan aku yang lain macam taknak je amik dekat kerian .
then mesti 1st kat sana aku sorang-sorang kan ?
umm aku tak nak . malu la sorang-sorang .
tadi mak aku siap psycho otak aku .
mak aku cakap "mak nak jugak anis amik agama . kalau tak dapat result yang elok pon takpe mak tak kesah janji anis belajar agama . kalau berjaya anis boleh p mesir ke jordan ke . kalau kita belajar ilmu agama insyaAllah Allah tunjuk jalan ke arah yang lebih baik " (panjang lagi ayat mak sebenarnya)
sampai leleh jugak la aku . rasa serba salah .
nak cakap dengan mak aku sekarang nie pon aku segan .
nie la aku bile buat salah dengan mak mesti senyap n tak berani minta maaf balik .
dah lama baru boleh sembang gelak-gelak balik .
dan kawan aku cakap sebelom masuk stpm tuh ada exam bahasa arab .
betoi ker ?
kalau aku tak lulus tak dapat amik stpm lar kan ?
apa-apa pun tunggu je la 8 mei nieh .
berserah je kat Allah apa yang akan jadi nanti .
Allah tahu ape yang terbaik untuk aku kan ?


apa yang aku nak belum tentu baik untuk aku :')



My life may n0t be g0ing the way i planned . But its g0ing exactly the way Allah has planned . Indeed Allah is a better planner, the guide. 
So just keep praying and try the best .

"...barangkali kamu tidak suka sesuatu, tetapi ia baik bagi kamu...Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..." [2:216]

"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu dugaan, sebagaimana orang2 terdahulu sebelum kamu?" [Al-Baqarah-214]



no matter what , I have ALLAH :)


layan vid nie  . terasa jugak dengar lagu nie .
baru buat mak aku sedih tadi :(

Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

Tuesday, April 30, 2013

encik mimpi !



Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.)

p/s : entry nie takda perkongsian ilmu .
if nak tengok aku mengarut lebih-lebih boleh la baca entry nie (nie baru sikit aku mengarut)
entry nie sebab aku nak tunjuk ke'excited'an aku dengan encik mimpi ^^

hai bagi sapa yang baca blog aku nie .
eh blog aku ade pembaca ker ?
or aku sorang ja yang baca blog ni ?
ahh abaikan sapa yang baca or tak yang pasti aku nak jugak menaip pagi yang indah nie (ceh ayat)
nak tanya nie sapa kenal encik mimpi ? kalau kenai kedip mata 3 kali .
haha aku pon baru ja kenai dia walaupun dia nie da lama dah orang kenai .
nampak sangat aku ketinggalan .
aku kenai pon sebab kawan aku Armalina yang dok cita .
thanks bebanyak sebab hg cita aku dah terminat kat suara encik mimpi nieh .
confirm pas nie lagu-lagu dia aku download .
tapi makan masa jugak la nak download tu sebab aku MALAS :)
haaa ! kalau nak tengok blog kawan aku armalina tuh boleh la klik nie link nie -->> fairytailina
blog dia lagi kemas n cun dari blog aku .
blog aku serabut dengan obses purple aku .
so kalau nak follow boleh la follow blog dia na !
btw tu 2nd blog dia . 1st blog dia telah didelete or telah dibuang or telah diremove or apa-apa yang sewaktu dengannya .

okeh-okeh sambung balik .
tadi dok tengok video-video dia kat youtube .
pergh ada yang terharu,best,lawak secukup rasa la video encik mimpi nieh .
tengah-tengah dok layan youtube tu ternampak link blog dia .
apa lagi dengan kelajuan 240 km/j aku terus klik link blog dia  dan Follow blog tu.
baca la entry-entry blog dia tu .
then ternampak satu entry mencuit jiwa raga aku (ayat poyo lagi .)
entry pasai bestie dia.
aku nie bab-bab sedih cepat sikit tacink .
jiwa nurani aku nie lembutlah katakan .
tak da lembut sangat kekadang kental jugak sampai penah ada yang fedup dengan aku (abaikan kalau ada ejaan yang salah) .
kembali ke entry encik mimpi tadi . sweet je aku baca citer dia pasai bestie dia tu .
kalau orang salah faham mesti ngat depa macam bf/gf .
dan orang kata lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik sebab apa aku tak tau .
tapi persahabatan depa sekerat jalan je . terputus ditengah jalan yang begitu panjang berjela-jela (apa yang aku mengarut)
dalam entry tuh dia siap ada bagi letter 4 ex-besfriend dia .
so sweet encik mimpi nie .
siap ada lagu lagi tu untuk ex-bestfriend dia . lagu tu touching gak .
dan aku dapat rasa keikhlasan dia nyanyi lagu tuh .
sikit lagi nak leleh tapi tak la leleh lagi .haha
tengah-tengah asyik layan blog dia baru terperasan last dia update blog  1/1/2012 tahun lepas lah tu kan ?
dia tak update blog dah ke?
ke dia ada blog lain yang aku tak tau ?
nak kena kaji selidik nie .
haha .


encik mimpi nie pon pandai melukis .
walaupun dia kata cuma conteng-conteng ja .
tapi aku still suka 'conteng-conteng' dia tu :)
nak tengok ke blog encik mimpi tu .
ke semua orang dah tau dan aku orang last yang tau blog dia ?
aku kan da ketinggalan jauh kebelakang pasai encik mimpi nie .
lantak korang la tau ke belum pasai blog tuh aku nak bagi jugak link blog dia !
nieh link blog -- >>Encik mimpi
bagi yang dah tahu awal dari aku jangan nak bising tau .
diam-diam sudah .
jangan buat aku malu sebab ke'excited'an aku :)

sebelom aku mengarut lebih panjang dan membosankan baik aku stop kat sini dulu .
nanti apa-apa aku update lain .
dan bagi kaum hawa yang lepasan SPM 2012 yang tak buat apa-apa tu jangan duduk online,makan, tengok tv ja .
tolong ringankan beban mak kita yang banyak tu .
kemas rumah , sidai kain , basuh kain,basuh pinggan .
yang bab masak aku tak mention sebab aku tak suka masak .
so aku tak nak buat lagi la buat masa sekarang :)
eh eh jap sebelum aku tu nak bagi tengok lagu sweetdream by encik mimpi .
lagu nie best aku suka !
enjoy this song :)


Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)