aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Friday, May 31, 2013

Tadabbur tu ape ?

Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.)
p/s : hope dapat tambah ilmu korang biler bace entry nie :)
assif kalau ade kekurangan n membosankan ^_^

salam alaik bloggers :)  
*bagi salam dua kali takpa kan? *
sebelum aku nak mengarut lebih panjang sila jawab salam aku dulu ye ^_^

dah lama aku tak buat status pasai benda bermanfaatkan ?
hehe sebenaqnya aku malas sangat nak update blog nie .
lagi pun dua minggu hari tu aku dah jadi student sekolah balik duduk hostel lagi tu .
time aku duduk hostel tu  mesti la ada prep bagaikan walaupun sebenarnya aku tak stat kelas lagi .
waktu prep tu aku pegang al-quran then aku cakap kat kawan aku "jom tadabbur al-quran"
padahal aku pon tak tau "tadabbur" tu ape ?
see ! bertapa jahilnya aku >.<
aku rasa macam aku tau maksud tadabbur tu tapi aku tak pasti .
dalam kepala otak aku tadabbur tu macam mengkaji maksud al-quran .
tapi aku tak tau la betul ke tak .
then tadi time aku tengah dok ber"facebook" ternampak friend fb aku buat status then ade tulis tadabbur .
nak tanya kat orang tu maksud tadabbur aku segan  so aku pon tanya pakcik Google je lah .
tengok ! nak belajar yang tak tau pon segan . *hanis teruk !
so tengah2 dok search tu terjumpa la maksud tadabbur tu ape .
nak tau ka ?
aku copy paste je la noh :)

apa itu tadabbur ?

  • Tadabbur adalah perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan secara mendalam.
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Muhammad ayat 24

  • MAKSUD tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik. Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya. Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri.


Tanda-tanda tadabbur
Allah telah menyebutkan dalam Al-Qur’an berkaitan dengan tanda-tanda tadabbur. Allah Ta’ala berfirman,
Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad).” (QS. Al-Ma’idah: 83).

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfaal: 2).
“Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata, “Siapakah diantara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira.”(QS. At-Taubah: 124).
“Katakanlah, “Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang yang diberi pengetahuan sebenarnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, “Mahasuci Rabb kami, sesungguhnya janji Rabb kami pasti dipenuhi.” Dan mereka menyungkur aras muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-Israa’:107-109)
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (QS. Maryam: 58).
”Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Rabb mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.” (QS. Al-Furqan: 73).
“Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata, “Kami beriman kepadanya, sesunguhnya Al-Qur’an itu adalah suatu kebenaran dari Rabb kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan (nya).” (QS. Al-Qashash: 53).


Maka, dapat disimpulkan tanda-tanda tadabbur, yaitu:
1. Menyatukan hati dan fikiran kerika membaca Al-Qur’an.
2. Menangis kerana takut kepada Allah
3. Bertambahnya kekhusyu’an
4. Bertambahnya iman
5. Berasa bahagia dan gembira.
6. Gemetar kerana rasa takut kepada Allah, kemudian diikuti dengan pengharapan dan ketenangan.
7. Bersujud sebagai bentuk pengagungan terhadap Allah.

Tapi macam mana yer nak bertadabbur? Persoalan sungguh! 
*forwarded yang bawah ni. tapi input dia 'kena'.

Sedar 
Pada ana awwalan, kita harus sedar dan faham, ilmu tu dari Allah. Pucuk tadabbur yang kita inginkan harus pula bermula dengan benih ikhlas niat kita untuk Allah. Jika ikhlas yang kita niatkan, insyaALlah ikhlas yg akan kita dapat. Kan hadis popular menyatakan sebegitu, innamal a'malu binniaat

Adab 
Adab harus ada. Bukan bermaksud adab semata dengan bersimpuh dan menjunjung sembah duli. Tetapi, adab hati, adabnya syahadah perlu untuk kita turuti. 
Bermulalah dengan mengetuk pintu istana: Rabbi zidni 'ilmuk. Ya Rabb ku, tambahkanlah akan daku 3ilmuMu. 

Kemudian bukalah gerbang husnusdzhon kepada ALlah, seluas-luasnya. 
Panjat tangga usaha dan doa, segigih-gigihnya. 

Kemudian mengadaplah... Mengadaplah sebagai hamba, bukan sebagai Tuan! InsyaAllah. 
Allah itu Al Rahman dan Al Raheem. 

Latihan 
Ustaz ana pernah mengajarkan, antara latihan tadabbur ialah mencatitkan apa-apa kaitan yang timbul dalam fikiran kita setiap kali kita melalui sesuatu ayat. Catitkan, kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang ini dengan apa yang Allah ceritakan telah berlaku. 

Receptors 
Antara deria pembelajaran manusia yang paling sensitif ialah 3: 
1) Visual - visual 
2) Auditory - bunyi dan 
3) Kinesthetic - (pe)rasa(an). 
Ingat ayat dalam Surah Al Mulk dan As Sajdah : "waja'a lalakumu sam'a wal abshoro wal afidah - qalilamma tasykurun." 

Manusia mempunyai kepekaan yg berbeza-beza terhadap ketiga-tiga deria ini. Ada orang lebih peka kepada visual, ada kepada auditori dan ada kinesthetik. 

Uji dan kenali 
Kenalpasti di mana kepekaan kita. Bagaimana? 
Cuba dapatkan kembali satu pengalaman dalam hidup antum, samada berlaku semalam, telah lama dahulu, hari ini, atau akan berlaku. Suatu pengalaman yang memberikan suatu kepuasan, kegembiraan, keseronokkan. 
Gambarkan 
Bagi ahli visual, gambarkan neraka, gambarkan angin berdebu yangbertiup, dan manusia mujrimun pada suatu ketika tertunduk malu, pada ketika lain terbelalak mata mereka ketika hari perhitunga. Gambarkan zaqqum. Buah nan berduri. Gambarkan nanah mendidih yang dituangkan masuk kekerongkong, dan mainkan gambaran wajah itu adalah wajah kita yang meminumnya bagaikan unta yang kehausan. 

Dengarkan 
Atau dengarkanlah pekik marah neraka ketika manusia mujrimun dilemparkan kedalamnya. Dengarlah lidah-lidah api yang hitam pekat menyambar. Bunyi taufan, pekik raung. Dengarkanlah. 

Rasakan 
Atau rasakanlah azab yang pedih. Rasakanlah zaqqum yang menyendat masuk melalui kerongkongan kita. Rasakanlah panasnya api hinggakan manusia tidak pula mati dan tidak pula hidup! 

Subjek/Fokus 
Halakan projeksi-projeksi tersebut kepada kita. Jadikan kita subjek apa yang diperkatakan oleh Allah dalam Quran. Bukan "mereka". 

Jika diceritakan bertelekan mereka ddidalam syurga, diladeni oleh wildan yag sebaya. Bayangkanlah itu wajah kita. Dan bersedihlah, kita tidak mampu menhendaki itu. Melainkan dengan kehendak Allah. 

Bila terbakarnya penghuni neraka, itulah kita, kerana disitulah layaknya kita dengan pengkhianatan kita selama ini. 

Semuanya kita. Bukan mereka. Takutlah sekiranya kita tergolong dalam golongan kuffar. Kuffar yang menutupi hak dengan batil. Dan takutlah sekiranya bukan kita yang tergolong dalam golongan muslimun yang tunduk menyerah kepada Allah. 

Bahasa 
Peripentingnya mengetahui bahasa arab, InsyaAllah akan banyak menolong. Tetapi jangan dijadikan tidak tahu bahasa arab itu penghalang tadabbur. 

Gunakan terjemahan. Musyhaf dikanan terjemahan dikiri. Baca satu demi satu ayat. Fikirkan apa yang diperkatakan, subjek ayat, pembuat,siapa buat? Keadaan. Kaitan. Dan berhenti/pause, ketika ayat itu membawakan atau menarik perhatian kita. 

Istiqamah 
Ulangi. Dan ulangi sesuatu ayat/surah. Fokus. Biar faham benar satu surah daripada tak faham benar satu quran. 

Fokus 
Tarik diri anda ke alam quran. Ketepikan distraction lain. Cari suasana yg membantu fokus. Kedutkan kening. Tumpukan hala pandangan kepadanya. Cari khusyuk. 

Tangis 
Tangisi diri kita. Ubah intonasi ketika ayat-ayat tertentu menyuruh antum berbuat demikian. 

Akhir 
Akhiri dengan tidak menutup gerbang husnusdzon. Berbaik sangkalah dengan Allah, samada berhasil atau tidak kita khusyuk didalam taman-taman atau lubang dan jurang al quran. Kerana "la yamassuhu illal mut^ohharun". Khusyuk itu, tadabbur itu,ilmu itu dari Allah semata. Bukan kehandalan diri. 



Allahu Rabbi tersentuh bace blog ukhti yang aku copy paste nie :'(
rasa aku jauh sangat dalam mendalami al-quran .
baca al-quran selalu laju kemain dalam kepala nak cepat khatam .
mana tau entah-2 tajwid tak betul .
tak pernah nak hayati maksud setiap bait ayat tu .
Allahu jahilnya aku ya Allah .
penah aku bace al-quran sambil nangis tu pon sebab aku tengah ada masalah .
sebab sedih biler ada kematian . sebab takut biler dengar cerita hari kiamat .
tapi tu semua sekejap je esoknya aku buat perangai lagha balik .
macam mana nak istiqomah dalam perubahan ye ?
aku teringin nak hafaz al-quran tapi rasa macam tak mampu .
nak menghafaz time thanawi hari tu pun merangkak-2 je .
tapi belum cuba belum tau kan ?

ya Allah I need Your help to be a better Muslim . I know I make it hard on myself and don't try as hard as I should but please don't give up on me 

I need You Allah 
don't leave me alone ya Allah  




Salam alaik ^_^

WaAllahualam
::segala yang baik datang  dari ALLAH dan yang buru datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar..
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)



Wednesday, May 29, 2013

Allahu Rabbi peningnya !





Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : sapa yang baca entry nie mohon pendapat korang :)
assif entry ni ayat agak tunggang terbalik dan merapu sikit :p
jangan marah eih kalau bosan ^^

kaifa haluk ?
hope sihat-2 la sume ye :)
sapa ex spm 2012 dapat sambung study kat mana ?
mai share ngan aku .
tu pon kalau sudi nak share . kalau takmau tak pe la . ambe tak pakse :)

bagi yang da tau nak sambung study mana gud luck ok .
belajaq betoi2 jangan main2 . nanti menyesal tak sudah biler dah gagal exam .
sapa yang dah tau kat mana nak study tu untung la .
emm aku nie still problem lagi nak pilih yang mana satu .
adoii serius pening .
dulu time form 5 tengok akak2 yang sibuk dok pikir nak sambung study mana .
nak urus macam2 aku boleh cakap "relax la nak sambung study ja pon nak kalut2 apa"
see ! bertapa hampehnya aku dulu sekarang kena kat diri sendiri baru rasa pening macam nak pecah kepala pikir .
nie sapa yang baca blog aku yang bosan nie please bagi pendapat kat aku :'(
aku dapat poli behrang dan pada masa yang sama aku dah masuk form 6 selama 2 minggu .
poli aku dapat kos dip.kejuruteraan elektronik (komputer) dan form 6 aku dapat kemanusiaan .
aku tak tau lagi kesusahan subjek form 6 nie macam mana sebab tak start belajar lagi ..
tapi aku tengok akak2 form 6 cakap macam susah ja .
oit anis mana ada belajar yang senang ! semua susah yang penting usaha ja (ceh pandai pulak motivate diri sendiri)
aku nak masuk poli sebab kos yang aku dapat tu aku minat .
btw aku sayang nak tinggal form 6 sebab aku taknak tinggal subjek agama .
dan aku tak tau lagi suasana kat poli tu macam mana .
sosial dia macam mana .
Allahu Rabbi pening la nak pilih yang mana .
solat istikharah dah buat but still kabur .
sat rasa nak p poli sat lagi rasa nak stay form 6 .
aku kerat dua badan jugak satgi .
satu p poli satu lagi stay form 6 .
kalau kerat dua badan tu hidup lagi takpa la .
eh eh .
boleh tak aku buat notis suruh orang masuk meminang aku ?
tak payah pikir pasai study terus kawin . kalau dapat laki yang kaya boleh la dok goyang kaki kalau sebaliknya hg jenoh anis .
haha punya desperate la hg ni hanis !
tak mau la aku kawin awai . idok le teman tak sanggup nak pikul tanggungjawab .
haha nurul hanis dah mula melalut .ayat pon dah terabur .


Allahu Rabbi bagi lah petunjukMu .
jangan bagi aku tersilap langkah .
aku takut t aku masuk poli aku terikut orang yang salah .
macam2 ada dalam kepala otak aku sekarang nie .
bisikan syaitan pon ado ni ! syuhh syuhh syetan p jauh dari hidup aku !
sape2 yang tau suasana kat poli behrang,perak tu macam mana tolong bagi tau aku ..
mintak tolong sesangat :(


Salam alaik ^^
WaAllahualam
::segala yang baik datang  dari ALLAH dan yang buru datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar..
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)




Saturday, May 4, 2013

pengalaman terINDAH ^_^


Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : nie entry pasai PAS :) if ada yang tak suka pas jangan cakap perkara tak elok tentang entry nie :)
dalam entry nie kongsi pasai keterujaan aku join Flasmob ^^

kaifa haluk my readers ?
hope sihat-2 la ye .
tak mau sakit-2 esok nak p buang undi dah :)
esok masa depan negara akan ditentukan oleh Rakyat .
haha aku cakap pon dah poyo semacam .
abaikan ayat aku yang poyo dan tak bertauliah tu  ye .

ok back to the story .
nak share pengalaman aku join flashmob PAS tadi .
if ade yang tak sokong PAS tak nak baca entry ni pon boleh .
nak baca jugak terpulanglah aku tak halang :)
ni negara demokrasi (ceh tetibe bab negara pulop)
Flashmob tadi aku join Ameerah n ade jugak campur dengan muslimat n muslimin pas yang lain .
yang paling awesome kawan-2 aku pon join sekali .
kawan aku yang join tu Nadia ,Zakirah ,Syafini and Adila (adik pini)
haha lagi bertambah ke'excited'an aku .
dah ada member yang rapat confirm perasaan malu nak edar risalah tu kurang sebab ada Geng .
1st time aku edar risalah kat traffic light .
time orang berhenti lampu merah aku n member edar risalah .
time tu nak kata tak da perasaan malu tipu sangat la kan .
malu tu still ade but try lawan .
ada yang aku bagi tak nak amik mungkin malas nak bukak tingkap kot (husnudzon)
dan ada yang tak sampai kat kereta dia lagi dah panggil nak risalah tuh .
macam gelagat ada . aku kena marah pon ade jugak .
tapi abaikan je la . orang tak nak aku nak buat camna ?
takkan nak cekik dia suruh amik jugak risalah yang aku bagi  tu ?
ohoi aku bukan gangster nak cekik orang ^^
tak nak amik biarkan hope hati terbuka time nak mengundi tuh dia nampak bulan je:)
ada yang tegur kit0rang tak panas ke duduk tengah-2 panas .
ya Allah hanya Allah je yang tau bertapa berpeluhnya aku dengan kawan time tu .
tapi dah semangat punya pasai buat jugak :)
lupa nak bagitau aku stat buat tu pukul 3 sampai kol 6.50 petang .
tak silap aku la aku tak tengok jam time tu .
anggaran aku je .
pukul 5 berhentu sat semua p solat asar dulu kat masjid kamunting .
aku , nadia , zakirah p jalan kaki balik rumah nadia solat .
lepas solat sambung balik dekat masjid kamunting .
nadh bawak keta ! time perjalanan nak p masjid kamunting banyak nampak keta bawak bendera pas dan ada buat flashmob .
kit0rang ape lagi hon abis abisan la :)
perghh semangat ooo biler orang bagi sokongan .
Hon hon bagai .
aku suka !!!
and ada jugak pemuda BN buat pusing-2 kat situ .
tak tau apa motif dia .
mungkin nak join sekali kut :)
lepas abis buat flashmob nadh antar aku balik rumah sebelum singgah giant solat dulu .
time p giant saja pakai mafla PAS orang usha pelik ja .
btw ni pengalaman best aku ngan member aku .
awesome sungguh !
mak aku sampai malam ade keje lagi . malam nie mak p trong pulok.
bangga dengan mak aku :)
nak tengok video n gambar ?
satgi kat bawah aku bagi tengok noh ^^
esok nak p berkempen pulak time orang mengundi .
mybe sekali dengan kawan-kawan aku yang sporting abis :)
jom sapa nak join? jangan buat kacau dah la .
berkempen-kempen jugak adab sebagai orang islam kena jaga .
kita berhemah :)

haaa! dengar citer tadi ade setengah tempat yang buat flashmob sampai berdarah-darah .
Allahu kenapa sampai macam tu ?
PKR tak dpat peluang nak berkempen di media massa .
kenapa sampai kami buat kempen di jalan pon kena ganggu ?
tak da buat apa-2 salah juz berdiri di tepi jalan dan pegang banner .
tak buat apa-2 rusuhan pun dari pihak kami !


sebelum aku mengarut lebih panjang nah video n gambar :)










assif  nak upload kat sini slow sesangat-2 .
video akan di upload Fb coz line kat rumah aku macam kura-kura nak belajar berjalan :)


Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

Wednesday, May 1, 2013

dalam Dilema :(

Allah i need your help n strength :')
Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : entry nie luahan perasaan aku ja .
tak nak bace pon takpe . tapi kalau nak bagi idea or motivasi kat aku sangat dialu-alukan :)

hai mood tak baik hari ni :(
pening nak ambik stpm aliran apa .
dapat tawaran aliran agama .
but aku low bahasa arab .
result spm hari tu pun dapat C ja  (nak gelak dengan result aku pon gelak la)
aku tak pandai mana dan aliran agama WAJIB amik bahasa arab .
ya Allah mampu ke aku ?
aku nak amik aliran lain tapi mak aku tak bagi :(
mak aku nak aku amik aliran agama jugak .
mak nak aku p mesir !
ya Allah tinggi betoi angan-angan mak aku .
kalau aku tak dapat p mesir camna ?
mesti mak aku sedih .
urghh pening la .
mak aku risau kalau aku amik aliran lain perangai aku berubah, cara pemakaian aku berubah .
aku nak kata senang terikut dengan orang tu tak la jugak .
tapi dah mak risau sangat nak buat camna .
8 mei nie daftar stpm kat Kerian .
time tu baru tau aku akan amik ape .
lagi satu yang aku risau aku takut takda kawan .
haha aku nie tak boleh tanpa kawan (salah satu kelemahan aku)
dan aku nie bukan peramah yang nak start bertegur dan mula perkenalan dulu (itu bukan aku)
tapi biler dah kenai insyaAllah aku boleh jadi diri aku yang agak mereng .
kawan aku yang lain macam taknak je amik dekat kerian .
then mesti 1st kat sana aku sorang-sorang kan ?
umm aku tak nak . malu la sorang-sorang .
tadi mak aku siap psycho otak aku .
mak aku cakap "mak nak jugak anis amik agama . kalau tak dapat result yang elok pon takpe mak tak kesah janji anis belajar agama . kalau berjaya anis boleh p mesir ke jordan ke . kalau kita belajar ilmu agama insyaAllah Allah tunjuk jalan ke arah yang lebih baik " (panjang lagi ayat mak sebenarnya)
sampai leleh jugak la aku . rasa serba salah .
nak cakap dengan mak aku sekarang nie pon aku segan .
nie la aku bile buat salah dengan mak mesti senyap n tak berani minta maaf balik .
dah lama baru boleh sembang gelak-gelak balik .
dan kawan aku cakap sebelom masuk stpm tuh ada exam bahasa arab .
betoi ker ?
kalau aku tak lulus tak dapat amik stpm lar kan ?
apa-apa pun tunggu je la 8 mei nieh .
berserah je kat Allah apa yang akan jadi nanti .
Allah tahu ape yang terbaik untuk aku kan ?


apa yang aku nak belum tentu baik untuk aku :')



My life may n0t be g0ing the way i planned . But its g0ing exactly the way Allah has planned . Indeed Allah is a better planner, the guide. 
So just keep praying and try the best .

"...barangkali kamu tidak suka sesuatu, tetapi ia baik bagi kamu...Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..." [2:216]

"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu dugaan, sebagaimana orang2 terdahulu sebelum kamu?" [Al-Baqarah-214]



no matter what , I have ALLAH :)


layan vid nie  . terasa jugak dengar lagu nie .
baru buat mak aku sedih tadi :(

Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)