aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Tuesday, February 19, 2013

jari telunjuk or ibu jari ??





Bismillahirrahmanirrahim..
(dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
 
**sumber entry dari :FB ISLAM 
aku kopi pasta je..hope bermanfaat :) kalau salah tegur2 lah ye :)


 
sobahan nurr :)
sihat tak??
hope sihat lar k ^_^

okee sekarang aku nak share tentang nak tunjuk gune jari telunjuk or ibu jari...
selalu orang cakap kalau nak tunjuk gune ibu jari kan??
nampak lebih beradab...
sekarang aku nak korang bukak minda korang bace entry nie :)

 
Sunnah Rasulullah Dikatakan Biadap, Sunnah YAHUDI Jadi Ikutan !

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Dari : HaffizYusuf #


dah bace n pahamkan??
now aku nak bagi link UIA tentang jari nie :)


okee dah paham??
pilih larr yang mane patut korang gune..

pelikkan orang melayu dah name p0n jari telunjuk,so kalau nak tunjuk gune jari telunjuk la bkn ibu jari :)

dulu aku penah kene mara sebab tunjuk s0methng gune jari telunjuk dan orang yang marah aku tu cakap aku tak beradab..sejak hari tu aku musykil kenapa tak beradab gune jari tu dan sekarang dah terjawab ^_^
okee itu je yang nak share..
harap bermanfaat :)
kalau ade yang salah harap dapat ditegur :)

Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

Salam Alaik ^_^

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)
                                                                                                                    



Monday, February 18, 2013

Petua DOA diperkenankan


:: Let's make Du'a :)
Bismillahirahmanirrahim
(dengan nama Allah yang  maha pemurah lagi maha mengasihani)
**Sumber entry dari :: Majalah Iman :)
selamat membaca :)


korang sume dah solat isyak??
    bagi sape yang belum p solat cepat !!

    aku malas nak merepek panjang2 sgt..
    okee hari nie aku nak share ape yang aku bace tadi :)
    macam tajuk entry yang koran nampak kat atas tuh..
    aku nak share pasal petua Doa diperkenankan...

    ramai yang merungut setiap kali berdoa memohon sesuatu hajat tetapi tak dimakbulkan ALLAH..
    Adakah doa kita tidak diperkenankan atau mungkin ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buat kita,kerana ALLAH itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...

    okee aku bagi ye petua tuh sekarang :)
    bace n paham n buat lah nanti ^_^
  •   Berdoa antara azan dan iqamat.

        :: Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
        "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak"
  •   Solat dan berdoa pada sepertiga Malam
::Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Allah s.w.t akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu pada sepertiga malam yang terakhir,

seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu,maka aku akan menerima permintaanyan an sesiapa yang meminta keampunan daripadaKu maka Aku akan mengampuninya"

  •     Berpuasa
    :: Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil,orang berpuasa ketika dia
    berbuka dan orang yang dianayai.Allah s.w.t mengangkat doa-2 itu ke langit dan pintu-2 langit dibuka."
  •     Banyakkan doa ketika sujud
:: Ibnu Abbas r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Aku dilarang membaca al-quran ketika sujud dan rukuk.Waktu yang paling dekat antara hamba
dan TuhanNya adalah ketika sujud,maka perbanyakkanlah doa ketika itu."
  • Berdoa di waktu awal pagi

    :: Hadis Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersaba :
    "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok,pohonlah kurnia daripada Allah s.w.t kerana
    sesungguhnya binantang itu melihat malaikat.Jika kamu mendengar keldai memekik pohonlah perlindungan daripada Allah s.w.t daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
  • Membaca surah Yassin paa permulaan hari.

    :: Atha bin Abi Rabah juga berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
    "Sesiapa yang membaca Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhi"
     
  • Tidak terburu-buru

    :: Hadis daripada Abu Hurairah r.a RAsulullah s.a.w bersabda :
    "Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata:
    " Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan"
  • Doa pada hari jumaat

    :: Hadis daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda mengenai hari jumaat.
    Lalu baginda bersabda : "pada hari jumaat itu ada suatu waktu bila mana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa,memohon sesuatu daripada Allah s.w.t pasti
    dia kan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu ."


    tu antara petua Doa diperkenan :)
    harap bermanfaat..
    tapi apapun harus ingat bahawa doa tanpa ikhtiar atau usaha tidak akan mendatangkan hasil.
    ade banyak lagi syarat-2 dan aab-2 berdoa yang perlu dipatuhi agar setiap doa itu diterima ALLAH s.w.t..
    :: Sesungguhnya Doa itu senjata orang-2 yang beriman ::

    okee itu je yang nak share..
    harap dapat diamalkan :)
    kalau ade yang salah harap dapat ditegur :)

    Wallahualam
    :: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

    Salam Alaik ^_^


    **mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
    gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)


Wednesday, February 13, 2013

say no to Valentine's Day !!


Bismillahirrahmanirrahim..

    (Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani)

:: amaran !! entry nie agak panjang...harap readykan minda untuk paham setiap ayat dalm entry nie :) setiap yang baik dalam entry nie ambil dan yang buruk tolong tegur2kan ye :)

ape khabar??
aku alhamdulillah sihat (makin tembam)
nampak kan tajuk entry aku kat ats tu??
hari valentine atau hari kekasih..
aku nak tanye sikit sape yang rase nak sambut hari valentine esok??
untuk ape korang sambut??
untuk tunjuk rase cinta  or bukti kasih sayang paa kekasih??
ohhh baik tak payah laa !!
buang mase n buang tenaga je...


pilih lah yang mane korang lebih cinta ??

kalau korang nak tau hari valentine nie tak pernah dianjurkan dalam islam..
Roh perayaan tu mempunyai unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat  bercanggah dengan syariat islam..
sebab tu valentine day nie x patut diraikan...
banyak pendapat mengenai hari valentine nie..

okee sekarang aku nak korang bace n pahamkan k ??

        Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

        Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

        Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

        Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

        Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

        Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

        Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

        Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

        Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiriJusteru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine..

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine...
berdasarkan sejarah kat atas jelas menunjukkan hari valentine nie adalah perayaan keagamaan kristian...
jadi patut ker kite nak sambut perayaan keagamaan agama lain??
bagi aku tak patut...

aku harap sangat2 umat islam tak sambut hari valentine nie...
dapat ape kalau sambut pon??
aku nak bagitau Hukum sambut valentine adalah HARAM !!
jadi tak payahlah sambut...

okee sekarang mai renungkan firman ALLAH s.w.t dan hadis Rasulullah ::
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

okee nie je aku harap sangat bermanfaat entry nie :)

:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

Wallahualam
Salam alaik ^_^

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

Monday, February 11, 2013

dapat header :)

Bismillahirrahmanirrahim..


kaifa haluk ??
insyaAllah sihat kan??
buat ape malam2 nie??

saje2 bukak blog tadi tengok2 dapat header baru...
hohoho sonok!!!
syukran jiddan hanafi's journey :)
tengok header purple tuh buat aku excited nak gune...
insyaAllah nanti aku gune tak pun malam nie aku tukar...
hehehe...
nak tengok ker header tuh??
nah-2 aku tunjuk -->


cantik tak??
bagi aku awesome !!

korang aku tak tau larr pulakkan :)

okee larr update pon nak bagi tau dapat header je...hehehe...

kalau ade entry yg best2 g tau larr kat coment t aku terjah blog tu :)

Salam alaik ^_^


Sunday, February 10, 2013

minggu yang memenatkan -_-'


Bismillahirrahmanirrahim... 
:: Amaran!! readykan minda anda untuk hadam n pahamkan setiap ayat yg ditaip dlm entry ni :)


buat pengetahuan korang entry nie dalam proses untuk di ubah suai :)
aku sebenarnye bukan pandai sangat nak mengedit nie..
kalo nmpk tak elok plizz bg idea korang yg bernas untuk blog aku yg agak serabut nie ^_^

kembali ke tujuan utama!!
okee nmpkkan tajuk kat atas tu??
aku saje update nak luah perasaan kat blog ni..kuikui..
okee sesi luahan perasaan bermula !!!
get ready untuk sabarkan mata korang bace entry aku ni :)
minggu nie memang penat2 sngt2..
dalam keadaan penat2 nie aku jadi cepat terasa..kenapa yek???
hmmm pelik2 dengan mood aku yang tak tentu hala nie...
sat ok sat ko...

dalam minggu nie macam2 kene buat...
tugas aku seharian yang rutin iaitu kemas rumah,basuh kain,sidai baju...(nie memang tiap2 hari kene buat bukan minggu nie je)
masak??haha not in my list :P
aku xpandai masak so x masuk list tugas aku...
pastu akak aku pon dah bersalin...
aku pon dah jadik maksu !!
jadik tugas aku makin bertmbah...
kene layan dye n jage baby..
sume akak mintak aku kene buat coz dye pon tengah berpantang so x leyh larr buat byk keje...
n aku pon kene tengok2 kan opah aku..
die pon x bape kuat dah...
n dalam minggu nie pulak k.cik aku bertunang...
hari nie larh die bertunang 2/10/2013...
tugas aku minggu nie makin bertambah2,...
nak kene prepare mcm2....
buat kek batik,corn flakes (k.cik aku buat sndri beb 1st time)
sampai kawan ajak kuar pon aku tak dapat ikut tadi...huhu
ye larr tak aku nak kuar dalam keadaan fmily aku kelam kabut uruskan mcm2...
nak tau tak??
time bertunang k.cik aku adik beradik tunang dye sume mai...
dlam 10 buah kereta gak arr...
adik beradik tunang k.cik aku tuh ramai berbelas2 orang..
aku pnggil dye abg naim je...
tdi buat larr makan2 cikit...
smbut bakal menantu n cucu mak n abah :)
tpi makanan banyak x abis...
ajak orang mai tpi x ramai yg dtg....
mybe sibuk dengan urusan lain kot...
menu makan2 tdi mee kari dan nasi beriani...
ade jugak kuih muih n mkanan tambahan yg lain..
aku jugak larr yg tolong perabih sikit2...
naik kembong perot makan banyak :p
lepas abis spm nie badan aku da makin berisi...
aduyaii jenoh nak turun berat badan balik nie.....
okeee larr aku malas nak menaip dah sebenarnye nie...
dah penat dan mengantuk :p

nah aku jamu mata korang dengan gambaq nie --->>


k.cik n mak abg naim :)


salam cium tangan naa !!



hantaran tak tersusun =E


tunjuk cincin macam dye pulak yg bertunang -_-'
cincin murah ja :p


hantaran dri pihak perempuan :)
kek coklat jatuh time snap gmbr :(


nie pon sibuk jugak nk bergambaq :p


inche zakirah :)


k.cik :)


hantaran pihak lelaki :)
ade coklat mahai ^_^


selamat bertunang k.cik :)
jage adab,iman dan akhlak ...
dah jadik tunangan orng nie ^_^


cantik coklat niee...
esok bru dpt mkn...
dibekukan dlm peti ais :P


aiman :)
buas budak comey nie...


candittt main ngan haziq (anak akak)


penuh rumah dengan adik beradik abg naim :)


family abg naim nak blik da :)


dapat jugak bergambar sekali...
jarak dengan bukan mahram still kene jage ye :)


Amni tembam :)


okeee cukup2 lah tu je gmbr yg aku upload...
t muak plak nak tgok byk2...

nak tidoq dah ngantok nie :p

okeee Salam Alaik ^_^




Sunday, February 3, 2013

video muet ^_^



Bismillahirrahmanirrahim..

selamat malam sume ^_^
dah solat isyak??
bagi yang belom cepat pegi solat...
ade mase lagi nie ....
jangan bagi alasan biler nak solat...
nanti kat akhirat tak boleh nak bagi alasan ape2 kat depan ALLAH...

okee dalam entry ari tuh aku ade kate nak share video muet yang aku n kwn2 buat tuh..
sape yang rase nak bace entry aku tuh boleh larr bace KAT SINI !!!!sapa yang tak nak baca jangan gatai2 tangan nak klik :p
eh3 x pa kalau gatai tangan gak nak klik..
okehh malas nak berceloteh banyak sgt nie  video muet tuh --->>




ok dak video muet nie ??
kalau tak okey jangan kutok2 naa..
boleh komen secare berhikmah kalau ade kekurangan :)
video nie lagu one thing versi perempuan punye :)
video nie buat untuk subjek MUET semata-2...
seyez memang penat jadik camera girl deme..
tapi2 best n fun time buat video nie :)

okee larh :)
Salam alaik ^_^

p/s :: sape2 yang nak tgok video nie sila PAUSE kan lagu dalam blog aku nie ye :)

sunnah Rasulullah :)




Bismillahirrahmanirrahim..

kaifa haluk??
insyaAllah korang dalam keadaan baik2 je ye :)
hari nie aku nak share pasai sunnah Rasulullah...
ade orang yang bagi idea kat aku suruh buat entry ini...

okee  aku nak share 7 sunnah Rasulullah...


1. Sentiasa menjaga wudhuk.
    wudhuk adalah salah satu cara menyucikan diri dari hadas kecil. Allah juga menyanyangi orang yang menjaga wudhuk.
    kata Khalifah Ali bin Abu Talib  :: 
    "Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa' ,ampuni dosa dan sayangi dia ya ALLAH "

    ::so tak rugi pon kalau kita cube menjaga wudhuk..beruntung sangat sebab malaikat mendoakan kita :)
2. Istighfar setiap masa.
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi..
 Allah S.W.T berfirman ::
"Dan Allah tidak akan sekali-kali menyeksa mereka,sedang engkau (wahai Muhammad) ada diantara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun) "
(surah al-anfal : 33)

:: dengan beristighfar juga kita dapat mengawal kemarahan ..
setiap kita beristighfar satu titik hitam (dosa) akan terhapus insyaAllah :)


3. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari .

membaca Al-Quran salah satu sunnah Rasulullah terutama sebelum terbit matahari.
besar pahala bagi yang membaca Al-quran...
jangan sekadar membaca Al-quran tapi cuba fahami maksud setiap ayat yang dibaca..
jadikan Al-quran sebagai panduan hidup dan praktikkan Al-quran dalam setiap perkara dalam kehidupan ini.

:: besar sangat pahala membaca Al-quran sebelum tebit matahari...
pada waktu ni ramai yang memilih untuk tidur berbanding membaca surat cinta dari Allah (Al-quran)

4. Solat berjemaah di masjid.

solat yang terbaik ialah solat berjemaah di masjid. kerana pahala bersolat jemaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkah ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala jemaah sebanyak 27 pahala...subhanallah banyaknye...pahal setiap langkah kemasjid + 27 pahala = ??
Nabi Muhammad bersabda ::
"sungguh alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat,dan  aku suruh seseorang mengimaninya,kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang2 yang tidak ikut solat berjemaah,untuk membakar rumah mereka dengan api"

:: jadi sebelum melangkah kemanapun langkahkan ke masjid dahulu,kerana masjid merupakan pusat keberkatan...tak rugi kita memakmurkan masjid :)


5. Melakukan solat dhuha.

solat dhuha adalah solat yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya.
di antara kelebihan solat dhuha ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki.
Rasulullah s.a.w bersabda ::

"pada tiap2 pagi lazimkanlah atas tiap2 ruas anggota seseorang kamu bersedekah,tiap2 tahlil satu sedekah,tiap2 takbir satu sedekah,menyuruh berbuat kebaikan satu sedekah dan cukuplah (sebagai ganti)  yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat  solat sunat dhuha "
(Hadis riwat al-bukhari dan muslim)

:: kalau nak rezeki dimurahkan amalkan solat Dhuha insyaAllah rezeki murah :)

6. solat sunnat tahajjud.

solat sunat tahajjud dilakukan selepas terjaga dari tidur malam.
sebaik-baiknya 1/3 malam dlm lingkungan 3 atau 4 pagi.
banyak fadhilat solat tahajjud nie antaranye mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
Allah s.w.t berfirman ::

"dan bangunlah dari sebahagian dari waktu  malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu,semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat ditempat yang terpuji ( Al-Isra : 79 )

:: jom sama2 cuba amalkan solat sunnat tahajjud :)
aku pon jarang jugak buat...


7. sentiasa bersedekah 


Allah sangat menyukai orang yang bersedekah,dan malaikat juga selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari...
Allah s.w.t berfirman ::

"dan jangan sekali2 orang2 yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dari kemurahanNya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu bagi mereka,bahkan ia adalah buruk bagi mereka.mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak.Dan bagi Allah jugalah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi.Dan (ingatlah) bahawa Allah maha mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.(mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan,maka membunuh mereka,jika kamu orang2 yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"(Al-Imran :180)

kat atas nie 7 sunnah Rasulullah :)
ade lagi sunnah Rasulullah yang lain..
antaranye ::

  • senyuman :: Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
  • Dahulukan kanan :: Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
  • bercelak :: Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
  • Bersilaturrahim :: Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   (Riwayat Ibnu Majah).
  • Tertawa :: Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
  • Tidur :: Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad
banyakkan sunnah Rasulullah ??
banyak lagi sunnah Rasulullah ...
kalau nak tahu lebih banyak cube cari buku sunnah Rasulullah..
kalau nak lagi mudah search kat pakcik Goole insyaAllah banyak lagi yang korang akan jumpe...


kalau kite belajar dan amalkan sunnah Rasulullah dalam hidup kita..
insyaAllah kite akan berjaya dunia dan akhirat...
ade satu hadis nie mengatakan ::
"Barang siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w pada zaman kerosakan umat ,
Allah akan memberikan ganjaran 100 pahala mati syahid"
subhanAllah dahsyatkn??

so ape lagi mula dari sekarang kite cuba usaha amalkan sunnah Rasulullah ...
insyaAllah dapat manfaat untuk diri kita di dunia dan akhirat...



والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
okee nie je :)
Salam alaik ^_^

**moga bermanfaat :)
kalau ade kesilapan boleh larr tolong tegur :)