aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Wednesday, April 24, 2013

LOVE after NIKAH

 

Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
 
P/S : if ade yang tak suka entry aku minta maaf bebanyak .
sumber entry :: i luv islam dan kata-kata fatimah syarha .
entry nie agak panjang coz aku gabung-gabungkan apa yang aku baca :)
hi my readers.
ade ker pembaca blog aku nie ?
haha syok sendiri je la ^^
biaq la syok sendiri pon .

haha nak buat sesi luah perasaan ni ..
semalam aku ade buat entri nie La' Taqrabu Zina
sapa yang tak baca lagi boleh la klik link tu .
then bile aku dah post kat fb ade sorang hamba ALLAH nie pertikaikan bercinta lepas nikah .
dia tanya aku macam mana nak kenal kalau tak bercinta sebelum nikah ?
hello kan ade bertunang .
time tu lah nak berkenal-kenalan tapi nak berkenal pon kena ade pemantauan family .
nak berjumpa kena berteman bukan berdua-duaan .
jumpa pon bukan saja-saja .
ada hal penting ja kalau nak jumpa pon .
akak dan abang ipar aku pon tak penah kenal sebelum kawin .
kenal pon time bertunang .
dan bila depa nak kuar nak pilih cincin aku ikot bukan depa keluar berdua .
boleh je? apa masalahnya ?
orang yang pertikaikan bercinta lepas nikah tu siap berbahas-2 dengan aku .
dia cakap aku jumud islam :(
jumud ke aku ?
kalau aku nak bercinta lepas nikah tu orang kata aku jumud aku tak tau la .
setahu aku bercinta lepas nikah tu lagi digalakkan dalam islam .
hubungan tu terpelihara . apa yang nak buat lepas nikah tu dah halal .
adakah aku yang salah?
 
 Baca bawah nie sebab apa aku nak bercinta lepas nikah >>
walaupun sebelum aku pon pernah bercouple .
baca dan paham betul-betul .
indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasai oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya. Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
 

Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:

Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".

Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".

 
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 



macam ustazah fatimah syarha cakap : "Rindu yang disuburkan selepas nikah akan berbuah yang tak sudah-sudah .Cinta terasa lebih indah selepas nikah .

why ?
coz couple is totally Halal ba'da nikah .

baca nie pulak >>


kata syeikh Yusuf Al-Qaradhawi .

أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'ashirah - 2].




pandangan dari bekas mufti Arab saudi,
Syeikh Utsaimin mengenai hubungan percintaan antara dua insan .

التواصل بين المتحابين على غير وجهٍ شرعي هذا هو البلاء ، وهو قطع الأعناق والظهور ، فلا يحل في هذه الحال أن يتصل الرجل بالمرأة ، والمرأة بالرجل ، ويقول إنه يرغب في زواجها ، بل يخبر وليها أنه يريد زواجها ، أو تخبر هي وليها أنها تريد الزواج منه ، كما فعل عمر رضي الله عنه حينما عرض ابنته حفصة على أبي بكر وعثمان رضي الله عنهما   
وأما أن تقوم المرأة مباشرة بالاتصال بالرجل فهذا محل فتنة
 
"Hubungan diantara kekasih adalah tidak wajar dan tidak syarie, ia murupakan jalan mengundang bala' dan bencana yang sebenar. Tidak dibenarkan bagi seorang lelaki menghubungi wanita didalam kes ini (bercinta), atau bagi wanita menghubungi lelaki tersebut. Jika dia berkata bahawa dia ingin mengkahwini wanita tersebut, maka hendaklah ia memberitahu walinya bahawa dia ingin berkahwin dengan wanita tersebut, atau wanita tersebut memberitahu walinya bahawa dia ingin mengkahwini lelaki tersebut, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar ra dimana beliau telah menawarkan anaknya Hafsah berkahwin dengan Abu Bakar ra dan Uthman ra. Akan tetapi jika wanita tersebut menghubungi lelaki tersebut secara terus, maka ini merupakan punya fitnah." - As’ilat al-Baab il-Maftooh (Soalan no. 868).
 

Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.
if ade yang tak betul sila tegur .
nak kata aku jumud pon terpulanglah .
pilihan kat tangan anda nak pilih bercinta lepas nikah or bercinta sebelum nikah .
aku harap aku akan bercinta lepas nikah .
jodoh,rezeki dan takdir hidup aku Allah dah tentukan time aku dalam perut mak aku lagi .
aku sekarang nak berusaha jadi baik.
tapi maca susah dan aku pon bukan kuat mana .
perangai pon gila-gila .
mulut pon agak hampeh .
kepala aku nie pon bukan betoi sangat ..
tapi kalau aku try memang aku duduk dekat tempat yang same je la kan ?
apa-apa pon aku harap orang yang dekat keliling aku dapat tolong aku jadi baik .
tegur kalau aku buat salah bukan mengutuk aku lagi teruk .
(ceh ayat poyo teramat)
haha ok la sebelum aku mengarot lebih panjang baik aku stop .

Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

:: buat entry nie bukan sebab aku gatai nak kahwin dah ye .
juz nak bagitau lebih baik bercinta selepas nikah . sebab banyak sangat nampak orang bercouple sekarang .