aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Friday, July 26, 2013

dua fasa dalam hidup .




Bismillahirrahmnirrahim.
(Dengan nam Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)

p/s : sumber rujukan :: buku sahaja aku mencintai-MU .
assif kalau ade kekurangan dalam entry nie . kalau ade penambahan boleh la share ye :)
assif ayat tunggang terbalik sikit .

kaifa haluk ?
semoga semua dalam lindungan Allah .
lama aku tak update blog nie an ?
budak sekola katakan .
kembali ke hostel setelah 3 tahun aku tinggalkan suasana tu .
hostel sekarang lebih mencabar jiwa dan raga .
haha ayat aku terlalu meloyakan anak tekak kan ?
abaikan semua tu ! hehe
sejak dua menjak nie aku selalu update fb aku tentang ujian , sabar n sewaktu dengannya la .
sape yang friend ngan aku mestu tau punye .dan malam nie maybe entry lebih kurang macam tu jugak .hehe
memandangkan aku dah lame tak update blog aku yang hampir nak bersawang nie .
so malam nan indah nie aku nak update le sikit .
nak share ilmu yang aku bace .
nak tahu ke dop ?
nak?
ok aku share sat lagi .
tak nak ?
kisah ape aku . aku still nak share jugop :)
sorry termelalut pulak .
baik aku stop melalut . daripada korang nak bace blog aku nie biler tengok aku melalut terus tekan button 'X' kat atas tu .
assif jiddan la ye akhi wa ukhti . teman memang cenggini ^^

ok jom berkongsi ilmu .
aku tahu ramai yang lagi expert dari aku yang serba jahil nie .
if ade penambahan boleh ler share ngan aku k :)

nampakkan tajuk entry aku kat tu ?
apa DUA fasa yang ade dalam hidup kita ni ?
Dua fasa yang aku maksudkan tu adalah SABAR dan REDHA .
manusia nie secara tidak lansung terlibat dengan dua fasa .
fasa pertama ialah SABAR dan fasa kedua REDHA .
dalam hidup nie banyak perkara yang memerlukan kesabaran .
contoh kena maki, kena ejek, kena marah , kena hina , kena buat sesuatu yang tak suka .
semua tu memerlukan kesabaran .
macam  aku punya cite.  kena belajar dekat tempat yang buat aku stress sampai  tak boleh focus nak study disebabkan terlalu banyak masalah dekat tempat tu . kena berhadapan dengan manusia yang tahu cari kesalahan je , yang tahu nak mengutuk dan macam2 lagi la .
dan semua keadaan tu dia kena banyak bersabar .
Tapi biler dah terlalu banyak bersabar nie confirm HATI ni akan rasa 'panas' or 'bengang' kan ?
namun kita tak melepaskannya dengan tindakan . kenapa ?
sebab kita sedar yang kita sedang berada dalam fasa 'bersabar' .
kita still cuba jalani hidup seharian seperti walaupun dalam hati rasa macam nak meletus api kemarahan tu .
tapi hari yang seterusnya tetap sama . penuh dugaan yang perlu ditempuhi .penuh dengan kesabaran .
Bukankah sabar itu bagus ?
yes sabar itu memang satu sifat yang bagus . tapi mampu ke kita nak bersabar je . sabar yang terlalu lama boleh buat kita jadi HILANG SABAR .
pada masa nie la kita kena melangkah ke fasa Kedua iaitu REDHA .
macam mana fasa sabar boleh beralih kepada REDHA .
ok mai aku bagi contoh sikit .
contoh kita sering diejek dan dimaki . tapi macam mane diri kita memandang perkara tu dari sudut positif dan menuju ke fasa redha ?
kite cube bermonolog dengan diri sendiri ." tak pa la . mungkin mereka tak paham . salah aku juga tak nak tegur dan cuba bagi nasihat . kalau ejekan itu benar ada dalam diri ini , aku perlu perbaiki . jika tidak benar pedulikan sahaja . semoga Allah member petunjuk kepada mereka "

dari ape yang aku taip kat atas nie mesti ade yang cakap 
"hg cakap senang la . try kena kat batang hidung sendiri" 
yes aku tahu memang susah nak buat . sebab aku pun pernah dalam situasi ni dan masih dalam situasi ni .
sampai penah biler ade masalah rasa nak mati je .
tapi kalau mati. masalah aku akan selesai ke ? tak sama sekali . malah masalah aku kat alam akhirat lagi dahsyat .
memang benda nie susah kita nak buat tapi tak salahkan kita usaha dan cuba dulu?
terus mentaati Allah . insyaAllah kemanisan ibadah tu kita dapat capai .
yang penting hati kita kena ikhlas .

macam aku sekarang nie tercampak dekat tempat yang membuatkan aku kadang2 macam orang hilang akal . pernah terpikir kenapa aku yang kena hadapi semua tu sedangkan kawan aku yang lain ok je kat luar sana .
tengah elok study kat tempat yang depa nak . dan biler pikir balik . muhasabah diri balik dengan kawan yang senasib dengan aku . mungkin Allah nak uji kesabaran kami  . nak uji ketaatan kami padaNya . mungkin ujian yang kami dapat nie kawan yang lain tak mampu tanggung . dan biler dah muhasabah macam tu .
hati nie rase tenang sikit .walaupun biler masalah datang balik rase nak memberontak balik .
tapi kami cuba sabar dan redha .

seperti firman Allah yang bermaksud ::

"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu dugaan, sebagaimana orang2 terdahulu sebelum kamu?" [Al-Baqarah-214]

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami ; ampunilah kami ; dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah 286)

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).

no matter what, you have Him 
ok tu je la semoga ape yang aku share nie bermanfaat untuk korang .
if ade yang silap boleh tegur2 k .


salam alaik ^_^

WaAllahualam .
::segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" terlalu kasar .
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

No comments: