aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Monday, February 18, 2013

Petua DOA diperkenankan


:: Let's make Du'a :)
Bismillahirahmanirrahim
(dengan nama Allah yang  maha pemurah lagi maha mengasihani)
**Sumber entry dari :: Majalah Iman :)
selamat membaca :)


korang sume dah solat isyak??
    bagi sape yang belum p solat cepat !!

    aku malas nak merepek panjang2 sgt..
    okee hari nie aku nak share ape yang aku bace tadi :)
    macam tajuk entry yang koran nampak kat atas tuh..
    aku nak share pasal petua Doa diperkenankan...

    ramai yang merungut setiap kali berdoa memohon sesuatu hajat tetapi tak dimakbulkan ALLAH..
    Adakah doa kita tidak diperkenankan atau mungkin ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buat kita,kerana ALLAH itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...

    okee aku bagi ye petua tuh sekarang :)
    bace n paham n buat lah nanti ^_^
  •   Berdoa antara azan dan iqamat.

        :: Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
        "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak"
  •   Solat dan berdoa pada sepertiga Malam
::Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Allah s.w.t akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu pada sepertiga malam yang terakhir,

seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu,maka aku akan menerima permintaanyan an sesiapa yang meminta keampunan daripadaKu maka Aku akan mengampuninya"

  •     Berpuasa
    :: Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil,orang berpuasa ketika dia
    berbuka dan orang yang dianayai.Allah s.w.t mengangkat doa-2 itu ke langit dan pintu-2 langit dibuka."
  •     Banyakkan doa ketika sujud
:: Ibnu Abbas r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Aku dilarang membaca al-quran ketika sujud dan rukuk.Waktu yang paling dekat antara hamba
dan TuhanNya adalah ketika sujud,maka perbanyakkanlah doa ketika itu."
  • Berdoa di waktu awal pagi

    :: Hadis Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersaba :
    "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok,pohonlah kurnia daripada Allah s.w.t kerana
    sesungguhnya binantang itu melihat malaikat.Jika kamu mendengar keldai memekik pohonlah perlindungan daripada Allah s.w.t daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
  • Membaca surah Yassin paa permulaan hari.

    :: Atha bin Abi Rabah juga berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
    "Sesiapa yang membaca Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhi"
     
  • Tidak terburu-buru

    :: Hadis daripada Abu Hurairah r.a RAsulullah s.a.w bersabda :
    "Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata:
    " Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan"
  • Doa pada hari jumaat

    :: Hadis daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda mengenai hari jumaat.
    Lalu baginda bersabda : "pada hari jumaat itu ada suatu waktu bila mana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa,memohon sesuatu daripada Allah s.w.t pasti
    dia kan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu ."


    tu antara petua Doa diperkenan :)
    harap bermanfaat..
    tapi apapun harus ingat bahawa doa tanpa ikhtiar atau usaha tidak akan mendatangkan hasil.
    ade banyak lagi syarat-2 dan aab-2 berdoa yang perlu dipatuhi agar setiap doa itu diterima ALLAH s.w.t..
    :: Sesungguhnya Doa itu senjata orang-2 yang beriman ::

    okee itu je yang nak share..
    harap dapat diamalkan :)
    kalau ade yang salah harap dapat ditegur :)

    Wallahualam
    :: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

    Salam Alaik ^_^


    **mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
    gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)


3 comments:

Unknown said...

wau,, nice entry,, banyak lagi yg Ika belum tahu,,trima kasih wat entry ni..

Unknown said...

wau,, nice entry,, banyak lagi yg Ika belum tahu,,trima kasih wat entry ni..

aneyz said...

sama2 :)