Bismillahirrahmanirrahim..(Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
::
amaran !! entry nie agak panjang...harap readykan minda untuk paham
setiap ayat dalm entry nie :) setiap yang baik dalam entry nie ambil dan
yang buruk tolong tegur2kan ye :)
ape khabar??
aku alhamdulillah sihat (makin tembam)
nampak kan tajuk entry aku kat ats tu??
hari valentine atau hari kekasih..
aku nak tanye sikit sape yang rase nak sambut hari valentine esok??
untuk ape korang sambut??
untuk tunjuk rase cinta or bukti kasih sayang paa kekasih??
ohhh baik tak payah laa !!
buang mase n buang tenaga je...
pilih lah yang mane korang lebih cinta ??
kalau korang nak tau hari valentine nie tak pernah dianjurkan dalam islam..
Roh perayaan tu mempunyai unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan syariat islam..
sebab tu valentine day nie x patut diraikan...
banyak pendapat mengenai hari valentine nie..
okee sekarang aku nak korang bace n pahamkan k ??
Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.
Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.
Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.
Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.
Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiriJusteru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine..
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine...
jadi patut ker kite nak sambut perayaan keagamaan agama lain??
bagi aku tak patut...
aku harap sangat2 umat islam tak sambut hari valentine nie...
dapat ape kalau sambut pon??
aku nak bagitau Hukum sambut valentine adalah HARAM !!
okee sekarang mai renungkan firman ALLAH s.w.t dan hadis Rasulullah ::
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
okee nie je aku harap sangat bermanfaat entry nie :)
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::
Wallahualam
Salam alaik ^_^
**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)
No comments:
Post a Comment