aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Monday, January 14, 2013

#hot entry : aurat wajib ditutup :)





hyep all blogger :)
tengah buat ape??
hope korang sihat larr ye...

hari nie aku nak share sikit mengenai aurat lelaki dan perempuan :)
ramai sekarang nie asyik focus kepada aurat kaum hawa ...
padahal kaum adam juga mempunyai aurat walaupun auratnye tak terlalu banyak seperti hawa..

sepotong ayat dari surah al-a'raf ayat 26 yang bermaksud :

"hai keturunan adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian dan perhiasan yang indah.Dan pakaian takwa itu adalah pakaian yang paling indah "
pengertian aurat :
aurat dari segi bahasa ialah suatu yang mengaibkan.
dari segi istilah pula ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi..
hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan !

okee sekarang da tau kan maksud aurat dan hukum ??
sekarang nak g tau pulak aurat2 yang wajib ditutup bagi lelaki dan perempuan..

aurat yang wajib ditutup bagi lelaki :)

1.aurat lelaki dgn lelaki ialah bahagian tubuh badan antara pusat dengan lututnya.
2.dgn perempuan mahram,bukan mahram,dan bukan islam auratnya antara pusat dengan lutut.

(sebuah hadis riwayat jurhud al-islami,beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w duduk bersama2 kami,pada saat itu paha saya terdedah,lalu baginda bertanya : apakah kamu tidak tahu bahawa paha itu aurat?.)
(diriwayat juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada ali r.a : janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihatkan paha kamu kepada orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yg mati) 
aurat yang wajib ditutup bagi perempuan :)

1.dengan mahram lelaki auratnya  di antara pusat dan lutut.
2.dengan lelaki bukan mahram dan lelaki bukan islam auratnya seluruh tubuh kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
3.aurat perempuan dengan perempuan bukan islam banyak khilaf antara nya :

a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi. 

b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”.

Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak; 

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.

aishah r.a meriwayatkan bahwa asma'binti abu bakar telah datang menziarahi Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis.lalu rasulullah s.a.w bersabda :"wahai asma' sesungguhnya seorang perempuan itu apabila sudah datang haid tidak boleh dilihat auratnya melainkan ini sahaja (baginda mengisyaratkan muka dan tangannya )


sebab2 islam mewajibkan lelaki dan perempuan menutup aurat...

  • untuk menjaga dan memelihara kehormatan dan maruah seseorang
  • menghindarkan diri daripada terjerumus kepada zina
  • membezakan keperibadian antara islam dan bukan islam
  • menggambarkan orang islam taat dan patuh kepada perintah ALLAH s.wt
  • memuliakan manusia sebagai makhluk yang teristimewa
  • bentuk diri manusia supaya mnjadi insan yg beradab
  • dapat mengelak dari fitnah
  • dapat menjaga pandangan mata seseorang dari melihat perkara yang bukan haknya
melambankan keperibadian muslim sejati


pakaian menurut islam ^_^



  • menutupi had aurat yang ditetapkan
  • pakaian yang longgar
  • pakaian yang tidak jarang
  • bukan pakaian yang menarik perhatian orang lain
  • tidak menyerupai pakaian lelaki ( bagi perempuan)
  • tidak menyerupai pakaian perempuan (bagi lelaki)
  • tidak menyamai pakaian orang kafir
  • tidak bertabarruj (berlebih-lebihan )


    1. sekarang ramai sangat aku nampak perempuan pakai tudung tapi baju ketat,lengan pendek,kain terbelah..
      pakai tudung pulak pendek dan terdedah dada,sanggul tinggi2...
      astaghfiruallahalazim..itu bukan cara yang betul menutup aurat...
      menutup aurat bukan sekadar memakai tudung tapi lebih dari tu..
      pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat yang wajib...


      bagi lelaki pula aurat lelaki tidak banyak seperti perempuan tapi masih ada setengah lelaki tidak menutup aurat dengan sempurna..
      masih ade lagi yang pakai seluar pendek yang menampak lutut..
      pakai seluar jeans yang koyak kat lutut...

      sama2 lah kita muhasabah diri balik...
      pertambahkan mana yang kurang..
      mantapkan apa yang ada dalam diri,..

      sekadar perkongsian apa yang aku tahu :)
      kalau ade kekurangan dan kesilapan tegur2lah ye ^_^
      aku pon masih belajar memperbaiki diri...

      :: perbaiki akhlak dan mantap iman ::
      **bukan emas permata yang mempercantikkan anda,melainkan yang mempercantikkan anda
      adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda..

      salam alaik ^_^

    Sunday, January 13, 2013

    himpunan kebangkitan rakyat (KL 112 )






    hyep all bloggers :)
    sihat tak??
    nak tanya ade tak yang join himpunan kebangkitan rakyat kat KL ??
    kalau ade jom share2 citer...


    okee nmpk kan tajuk entry aku kali ni??
    so aku nak citer larr pengalaman aku time KL sane nuh :)
    sebelom aku st0ry aku mintak korang ready rohani n jasmani...
    hahaha sebab bagi aku entry nie agak panjang n cara penyampaian aku macam bosan sikit :P
    harap maaf ^_^

    family aku memang kuat berpolitik dan secara tak langsung aku pon kene ikut family aku ...
    himpunan nie dekat stadium merdeka hari sabtu..
    tapi aku n family aku pegi hari jumaat...
    bertolak dari rumah dalam kol 12 lebih camtu...
    time nak cari hotel mak aii jem sampai dua jam...
    ye larr KL kan...time orang baru balik keje pulak tu of coz jem...
     aku memang tak nak duduk kat KL jalan dye boleh buat aku serabut..
    setakat nak bercuti tuh boleh lar :P
    okee sampai je hotel dalam kol 7 lebih...
    sampai2 mandi then solat jamak maghrib n isyak...
    pastu terus keluar balik g dengar ceramah dekat kampung baru...
    nie nak habaq nie penceramah malam tuh ade 74 orang...
    ramaikan??
    sume dapat ckap dgn masa yg diberi..
    memang best ceramah malam tuh..
    ramai orang...
    lepas abis ceramah abah aku ajak g makan..
    sume time tuh perot dah senak,berbunyi n sewaktu dgn nya lahh...
    pakat lapaq sume..
    pas makan balik hotel tid0q sampai hotel kol 2 pagi...
    perghh memang lena aku tid0q kepenatan yg amat...
    then esoknye abah aku ajak jalan2 n nak tengok jauh tak hotel tuh dari stadium...
    kalau gi naik kete tak pe ni jalan kaki...
    bertapa penatnye...
    kalu terus p tak pa la nie nak kene patah balik hotel tukar baju....
    disebabkan yang suruh tu abah aku so kene ikut la..
    t melawan jadi anak derhaka pulak...
    pastu pas da tau kat mane stadium tu patah balik g hotel...
    buat keje dua kali larr nampaknye...
    dah siap2 kol 12 kit0wang gerak jalan kaki g stadium...
    boleh tahan jauh jugak...
    sebelom gi stadium singgah masjid al-bukhari (x silap aku tu lar name masjid tu )
    solat jamak zohor ngan asar ..
    kat masjid tu memang penuh yang amat..
    sampai ade yang solat kat luar....
    lepas semua dah siap solat...
    kami ramai2 gerak g stadium merdeka :)
    sampai sana aku,mak n k.cik masuk dalam stadium...
    abah aku tak nak masuk so kit0wang je larr yang masuk..
    subhanAllah dalam stadium memang penuh orang...
    kit0wang duduk kat dalam stadium sejam pastu mak aku ajak dok luar pulak sebab mak aku da pening...
    dok kat luar stadium pon orang ramai giler...
    sampai ade yang panjat pokok ...
    ape yang aku boleh cakap memang best pegi semalam walaupun memang penat..
    tak de provokasi or ape2 yang membahayakan...
    siap aku leyh snap pic ngan polis lagi :)
    time nak balik tu ade problem sikit...
    tapi alhamdulillah boleh handle...
    nak tau problem dye ape??
    hahaha aku,mak n k,cik aku sesat ma !!
    nak p masjid al-bukhari terlepas kat masjid negara pulak...
    time tuh agak bingung jugak...
    juz redah je jalan ..
    abah aku dah mara tapi kit0rang malas nak bising2 juz diam je...
    nasib baik aku ingat sikit2 jalan nak balik hotel....
    jauh jugak kit0rang jalan...
    sikt lagi nak accident ..kalau tak meninggal dah aku...
    tapi alhamdulillah sampai jugak kat hotel....
    pas sampai hotel siap2 terus bertolak balik taiping...
    berhenti kat r&r rawang punye ramai orang ...
    tak jadi makan kat situ cari tempat lain...
    selama dua hari kat sane aku berpurdah :)
    rasa dapat ketenangan yang lain ...
    aku nak pakai terus tapi mak aku tak bagi coz takut aku bukak....
    insyaAllah satu hari nanti aku akan yakin kan mak aku...
    doakan ye supaya aku dapat berpurdah nanti ^_^
    tapi ramai orang cakap purdah nie untuk orang2 yang cantik je....
    tapi aku tak cantik jadi macam x sesuai je nak pakai (ade orng yg ckp camtu kat aku )
    hahaha entah lah tapi aku tetap akan pakai satu hari nanti...


    okee kat bawah nie ade sikit gambar2 time aku kat sana >>

    byk gambar kat bawah nie...

    kalau tak nak tengok tekan je X ok :)







    kat belakang tuh ramai lagi polis ..


    time dekat masjid al-bukhari...


    waktu solat zohor...
    k.cik aku yang snap pic nie...


    berjalan menuju ke stadium merdeka


    menuju ke stadium..


    abah tengah tunjuk stadium :P


    siap ade yang panjat...

    malam ceramah di kg.baru


    kg.baru...


    dalam stadium merdeka...


    walaupun macam nie keadaan die still bersemangat...


    di luar stadium
    (k.cik,mak n abg)


    aku, mak n abg..


    k.cik bersama polis....


    polis siap peluk lagi belakang aku...
    sporting abis :)


    kat atas nie pon de orang duduk


    di luar stadium..

    k.cik :)


    sebelom gerak g stadium :P

    dalam hotel (ni katil k.cik aku)


    okee nie jer harap maaf kalau ade yang tak suke :)

    salam alaik ^_^