aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Thursday, September 5, 2013

mujahadah itu pahit :')

Bismillahirrahmanirrahim .
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s: sedikit luahan hati  yang membosankan :') assif kathir .

kaifa haluk ?
moga kita sentiasa dalam rahmat Allah .
 dah lama rasanya aku tak jenguk blog nie .
ada nampak sebarang sawang or habuk tak .
err insyaAllah takda walaupun aku tak jaga dengan rapi .
aku betul rindu nak berceloteh dekat blog aku nie .
tak kisah la ada orang bace ke tak . aku tak mengharap orang baca tapi kalau ada yang sudi nak baca blog aku yang serba daif dan kekurangan ilmu ni bersyukur Alhamdulillah .
aku tak sehebat ukhti/akhi yang selalu share ilmu di blog or mana2 laman sosial yang lain .
aku tak pandai mengarang or mereka ayat .
apa yang aku taip kat mana2 laman sosial semua yang terlintas kat kepala .
dan kadang2 aku copy paste ilmu yang menarik bagi aku .

dalam duduk memerap kat rumah nie aku terpikir ape motif aku berpurdah ?
Allahu aku rasa aku berpurdah tapi akhlak aku tak sehebat akak2 dan kawan2 aku yang lain yang berpurdah.
banyak sangat khilaf aku :'(
i'm trying to be a right muslimah :'(
ade kawan2 aku tegur yang suara aku kasar macam nak marah orang macam tak sesuai dengan permakain aku yang nampak lemah lembut .
tapi itu memang suara aku . aku try lembutkan tapi sekejap je jadi .
boleh la nak kata biler aku bersembang dengan kawan or family aku mesti ada yang terasa .
Allahu Rabbi, maafkan aku :')
terkadang aku malu dan segan biler orang tanya macam2 kat aku ,panggil aku ustazah .
depa pandang aku macam aku ada ilmu yang banyak . padahal aku masih bertatih mencari ilmu .
tanya pendapat aku padahal mereka lebih hebat dari aku .
aku tak sehebat yang disangka . aku banyak kekurangan :'(
aku nampak baik sebab Allah tutup aib aku . kalau tidak aku adalah manusia yang paling teruk :')

ade yang tanya aku macam mana nak jadi muslimah sejati ?
jawapan aku berMUJAHADAHlah !
mujahadah tu ape ?
Mujahadah atau jalan menuju Allah itu berasal daripada perkataan jihad ertinya berjuang  bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan . Di jalan ini, hamba yang inginkan keredhaan Allah terpaksa berperang dengan musuh yang ada dalam diri sendiri .
siapa musuh yang ada dalam diri kita nie ?
musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu . perang dalam diri inilah yang paling hebat dan dahsyat .
insyaAllah dengan mujahadah ni akan buat kita jadi seorang muslimah sejati.
TAPI mujahadah nie bukan senang dan banyak kepahitannya .
seperti yang aku cakap kat atas tadi nak berperang dengan diri sendiri ni lah perang yang paling SUSAH  sebab manusia nie mudah terpengaruh .
tambah2 dalam dunia yang serba moden nie . bermacam2 godaan ada .
dari segi FESYEN ,PERGAULAN , TEKNOLOGI dan macam2 lagi .
fesyen sekarang banyak sangat yang pelik . bertudung tapi pakaian ketat terdedah sana sini .
pergaulan sekarang yang terlampau bebas . berdua-duan , berpeluk-peluk sekarang ni orang pandang remeh je , pandang sebelah mata . nampak tu perkara normal dan macam tak salah langsung .
teknologi sekarang yang mudah nak dapat macam2 benda .

selain dari tu . nak menuju jalan Allah ni bukan senang . sebab dalam perjalanan kita menuju ke jalan Allah macam-macam jenis dugaan dan cabaran yang bakal kita tempuhi.
ada dikalangan kita termasuk aku sendiri biler kena dilanda ujian mesti merungut .antara rungutan yang sering aku dengar >>

"ya Allah berat sungguh ujian yang Kau beri "
"ya Allah aku tak kuat"
"ya Allah aku tak mampu nak tanggung semua ujian ni"
"ya Allah kenapa sebegini ujian yang Kau berikan pada aku"
"susahnya ya Allah nak menuju ke jalanMu"

dan macam2 lagi la rungutan yang boleh kita dengar .

Allahu Rabbi ujian yang kita terima sekarang nie tak sehebat ujian yang para nabi dan para sahabat terima dulu .
nak capai kebahagiaan bukan senang2 je nak dapat . mesti la ada ujian saringan dulu .
cuba hayati hadis kat bawah ni >>
“ Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2 : Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?.  
so kita dah rasa cukup beriman ke sampai mengeluh macam2 ?
 saidina Ali pernah berpesan "Beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan"
banyak kepahitan yang perlu ditempuhi untuk menempaj syurga yang abadi nan indah :')

dalam hidup ni manusian akan berhadapan dengan dua perkara .
1. perkara yang perlu dilakukan .
2. perkara yang suka dilakukan .
 
sebagai contoh solat subuh . bila masuknya waktu solat subuh perkara yang perlu kita lakukan ialah bersihkan diri , ambil wuduk dan solat . tapi apa perkara yang kita suka lakukan time2 macam tu ?

mestilah sambung tidur dengan lena sebab waktu2 macam tu la paling best nak tidur pun .
nyaman, sejuk dan gelap . betul tak ?
apa yang patut kita lakukan waktu tu ? mesti la solatkan .  tapi  apa yang nafsu inginkan ? semsestinya nak sambung tidur balik .
waktu ni lah yang kita kena cuba lawan nafsu . tak ada jalan lain yang perlu kita lakukan melainka melawan nafsu dengan terus bangun menunaikan solat .
untuk berjaya kita kena lakukan perkara yang kita perlu lakukan dan bukan hanya melakukan perkara yang kita suka lakukan .
untuk mencapai apa yang diingini , kita mesti melakukan perubahan .kena perlu lebih berusaha dan menambah lebih banyak ilmu . dengan kata ringkas kita perlu berMUJAHADAH dan berubah.
tapi perubahan itu awkward - pelik dan tak selesa .
untuk melakukan perubahan perlu mempunyai ketabahan yang kuat, keberanian dan istiqamah .
“Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”

dalam kehidupan tiada yang percuma . apatah lagi untuk mendapatkan syurga . siapkan diri kita menerima kepahitan didunia sementara menanti nikmat yang berada di syurga .
sudah ditakdirkan jalan menuju Allah itu penuh dengan godaan,ujian dan kesukaran . tetapi adakah kita sengaja menempah susah ? Tidak sama sekali , kita hanya rela menerima kepahitan yang sementara untuk mendapatkan kesenangan yang abadi .
sesungguhnya jalan mujahadah itu jalan kita yang paling tepat !
di jalan itu , sering berlaku dialog dalam diri . apabila susah melanda , kita merintih . apabila godaan mendatang, kita cuba bertahan . apabila nikmat menjelma , kita lega . tetapi tidak lama , sukar pun datang mencabar , kita cuba sabar :') - nurmujahadahsolehah-
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar:10)
maafkan aku jika aku salah . tegurlah aku jika terlihat kekhilafan ku :'(
pendosa tanpa noktah !

salam alaik ^_^

WaAllahualam .
::segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::
**mohon maaf jika ganti diri "aku" terlalu kasar .
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

1 comment:

Teesaz said...

alhamdulillah :] suka.hanis. terima kasih