aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Friday, March 1, 2013

bahaya fitnah !!





Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani)

**macam bese readykan minda sebelum nak bace entry nie:)
maaf kalau ade kekurangan ^_^

ape habaq sume??
hope takde yang sakit-2 larr ye..
semoga kite sume di bawah lindungan ALLAH :)

ha ari ni aku kene jage kedai abah aku..
dok bising sangat nak keje nak pegang duit sendiri konon...
nah amik kau jaga kedai abah :)
tau pon malu,segan sume...
abah ckap takmau dengar kan dah merasa...
nasib baik ade leptop n internet kat kedai abah teman nie ..
kalau idok kebosanan tahap petala ler :P

wokey2 tak nak merepek-2 panjang...
aku nak share pasai FITNAH ari ni...
sekarang macam-2 jenis fitnah kite dengar kan??
okee now aku nak bagi pengertian fitnah..
fitnah nie banyak maksud die...
aku bagi sikit k :)

  1. FITNAH dalam bahasa arab bermaksud: Ujian dan cubaan.
    Imam Ibnu Hajar berkata : Asal kepada makna fitnah adalah الإختبار (ujian) dan الإمتحان )ujian)

    Ibnu Manzur berkata: Al-Azhari dan lainnya berkata:“Asal makna fitnah adalah الإبتلاء (cubaan), الإمتحان (Ujian) dan الإختبار (ujian)
  2. Kalimah Fitnahbermaksud Syirik.

    Firman Allah :

    والفتنة أشد من القتل
    “Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-baqarah)
  3. Fitnah bermaksud kekufuran.

    Firman Allah:

    لقد ابنغوا الفتنة
    “Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran.” (48 : at-Taubah)
  4. Fitnah bermaksud berpaling dari jalan yang benar.

    Firman Allah:

    واحذرهم أن يفتنوك
    “Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” ( 49 : Maidah)
Fitnah bermaksud perselisihan dan peperangan

Nabi saw bersabda:

ستكون فتن القاعد فيها خير من القائم
“Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku.” (Hr Bukhari dan Muslim)

oke dah bacakan pengertian FITNAH kat atas??
now aku nak bagitau keburukan FITNAH...

dalam islam menganggap fitnah satu perkara yang mazmumah (tercela)dan dilarang ALLAH seperti dalam firman ALLAH ::
  • fitnah lebih bahaya daripada membunuh (al-baqarah:191)
  • Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).

    so,kalau kita dapat satu berita yang belum sahih (betul) lebih baik kita tabayyun (kaji dan analisis) dulu sebelum nak hukum seseorang tuh...
    Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)

    Sikap tabayyun(mengkaji) sangat-2 lah perlu dalam kehidupan kite sebab berkemungkinan maklumat yang sampai kat kite tuh sahih atau tak atau hanya fitnah yg dicipta untuk memburukkan seseorang.

    bila dah dapat maklumat tu jangan terus nak menghukum.Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat...

    setengah orang biler da dapat satu cerita or berita terus nak judge orang tuh teruk,jahat n sebagainya...padahal orang yg judge tu pon tak tau perkara yang sebenarnya....

    tambah-2 sekarang nie teknologi makin maju...orang nak sebar fitnah sangat mudah...
    dengan edit satu benda boleh nampak benda tuh betul....
    dosa fitnah boleh menyebakan hilang pahala yang dikumpul...
    dengan adanya orang yang menyebar fitnah nie...
    akan berlaku permusuhan sesama sendiri..
    bila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekali..
    jadi kalau nak cakap sesuatu perkara jangan main cakap je..
    selidik dulu apa yang nak cakap tu sahih ke tak...
    jangan disebabkan mulut kita nie orang lain berpecah belah ye ..

    okee larr tuh je kot...
    aku bukan pandai sangat nak cakap bebanyak..
    diri sendiri pon banyak lagi kekurangan..huhu...
    aku pon kengkadang men cakap je tanpa usul periksa :(
    kdng2 rase nie kejam pon ade ...
    masih cube perbaiki diri :)
    entry nie pon sebenarnya tuju kat diri sendiri :)

    hope sangat entry nie bermanfaat :)
    kalau ade yang salah harap dapat ditegur :)

    Wallahualam
    :: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

    **mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
    gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

    tambahan :: dan aku nak ucap takziah untuk mangsa yang terkorban kat lahad datu tadi...
    semoga roh mereka dicucuri rahmat ..
    bagi keluarga mangsa korban harap dapat banyak bersabar dengan ujian ALLAH..
    ALLAH tak akan menguji hambanya dengan ujian yang
    hambanya tidak mampu untuk hadapi...

    FIRMAN Allah SWT: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

    Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah: 286)


    Salam Alaik ^_^



                                                                                                                                                    

No comments: