aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Sunday, January 6, 2013

solat sunat tasbih ^_^



hyep :)
nak share tentang solat sunat tasbih :)
aku juz copy paste...
harap dapat membantu sape2 yang nak buat solat sunat tasbih...
aku copy kat sini shafiqolbu ^_^


Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlahsekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
.
.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.
.

Caranya;

.
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-’a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
.
.
4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
.
.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Rukuk - 10 kali tasbih
    • Iktidal - 10 kali tasbih
    • Sujud pertama - 10 kali tasbih
    • Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
    • Sujud kedua - 10 kali tasbih
    • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.
.
.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
.
.
9. Membaca doa solat tasbih;


semoge bermanfaat :)

salam alaik ^_^



Saturday, January 5, 2013

ujian itu tanda kasih sayang ALLAH




salam sabtu :)
selamat pagi blogger ^_^
da breakfast??
alhamdulillah rezeki aku pagi nie nasi lemak ..
sedap ooo !!
da lame aku tak update blog nie...
bukan tak de idea tpi penyakit malas aku nie dah tahap kritikal -_-'
jenoh melawan tpi x leh gak..
dan ari nie dengan ringannye jari aku nak menaip :P
oke3 kembali kpd tajuk kat atas tuh "ujian tanda kasih sayang ALLAH" !!
korang penah hadapi masalah,kesenangan,dapat rezeki n mcm2 lgi kn??
itu antara ujian2 yg ALLAH bg dekat kite :)
ujian nie bkn spesifik dkat kesusahan je...
kesenangan pon salah satu ujian jugak...
coz cube bayangkan time korang dapat duit berjuta2 confirm korang happykn??
time tuh ALLAH nak uji sama ada korang ingat ALLAH tak time dapat nikmat kesenangan tu??
kebanyakkan manusia akan lupe diri time dapat nikmat kesenangan (x semua ye)
nauzubillahiminzalik !! jgn lah aku tergolong dlm kalangan tuh ..
okeyh ramai orang merungut biler ditimpa berbagai ujian...
antaranye penat lah ! asyik aku je kena mcm2 orang len tak pon !!
sedihlah!! x larat nak hidup dah!! n macam2 lgi rungutan dri mulut manusia n aku pon penah merungut :P
sedarlah wahai manusia ALLAh tak akan menguji hambanya dengan ujian yang
hambanya tidak mampu untuk hadapi...

seperti maksud dalam surah Al-Baqarah ayat 286 >>

FIRMAN Allah SWT: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah: 286)

jadi setiap ujian yang ALLAH bagi tu ALLAH tau kita mampu hadapi..
setiap ujian tuh ALLAH bagi agar kite mampu menjadi manusia yg tabah,cekal dan sabar !!
setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza..
contoh orang miskin n orang kaya...
orang miskin tu mungkin dia kekurangan harta tapi dia punya kasih sayang keluarga yang tak ternilai..
n bagi org kaya pulak dye banyak harta tapi semua family sibuk n tak de langsung mase tok luang same2...
jadi jgn pertikai apa yg ALLAH bgi..
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita :)

************

pendek kata,ujian hidup kita adalah ketentuan dari ALLAH.walau apa pun jika kita berusaha untuk mengubah diri dan kehidupan kita kpd yang lebih baik insyaAllah pasti ALLAH akan mempermudahkan segalanya.yang penting kita perlu mensyukuri dan tidak lupa untuk diberi petunjuk atas segala kurniaa ujian yang diberikan ..
so,jangan selalu merungut jika ditimpa ujian keran itu adalah peringatan dri ALLAH untuk kita.dan jangan sesekali membanding diri kita dengan orang lain.dengan membanding2kan diri kita dgn orng len akan membuatkan kite jadi putus asa dan tidak redha dengan ujian ALLAH.

Sentiasalah bermuhasabah diri :)
agar kita menjadi lebih baik !!
ujian itu tanda kasih sayang ALLAH
ujian dan dugaan yg dtg tu untuk menguji kekuatan iman kita :)
bersabarlah ketika menerima ujian dan dugaan sesungguhnya ALLAH bersama orng2 yg bersabar ^_^
Salah satu lagi sebab ALLAH bagi ujian sebab ALLAH rindu nak dengar hamba2nya merintih dan berdoa kepada-NYA..
subhanaAllah aku amat merinduimu ya ALLAH :')

:: jom sama2 perbaiki akhlak n mantapkan iman !!! ::
**semoga aku menjadi insan yang sabar dan tabah dengan segala ujian ^_^
entry nie untuk mengingatkan aku jugak supaya tak selalu merungut :)
hope penyampaian aku dalam entry nie sampai kat dalam hati korang :)


salam alaik sume ^_^