aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Friday, June 17, 2011

kisah yg di alami oleh orng len..

SATU KISAH BENAR YANG PERNAH BERLAKU SEKETIKA DAHULU...

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya,
nur annisa, seorang
gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan
suka berkelakuan
seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,
perkembangan tingkah
lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke
rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang
tambahan pula ibu
merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan
yang terlalu bebas,
ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu
itu ditolaknya
sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran
kecil antara
mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan
suara yang agak
keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada
yang anaknya pakai
tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak
pakai tudung.
Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung
pun selalu keluar
dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.
Ani ni, walaupun
tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.
Kadang kala saya
terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam
qiamullailnya. Terdengar
lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan
hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran
rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang
masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa,
tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas
desus mengenai
isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah,
hingga ada yang
menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah
sampai ke
pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang,
betul ke orang yang
baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat,
pergi rumah
mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil
serius kata-kata
saya
dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.
Sekembalinya dari rumah
mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar
mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu
menjadi pucat
lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan
tudung. tudung
yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang
pula tu...saya
sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada
Allah SWT kerana
saya
melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib
kerana dia berubah
seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya
yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak
tentu arah...
saya
lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam
(biasanya dia
suka
beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun
melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya,
solat
sunatnya..dan
yang lebih menakjubkan lagi, bila
kawan-kawan saya datang, dia menundukkan
pandangan..Segala puji bagi
Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk
bekerja di
kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX.
Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik
sakit tenat hingga
ibu
memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di
Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah
SWT agar adik
diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.


Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai
orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari
masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera
menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya ibu
memberitahu, "Dhi, adik
boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air
mata ini tak dapat
ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya,
saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah
diari. Diari
yang
selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum
tidur
semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi
sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak
misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari
rumah Abu
khoiri..di
situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran
kami itu.
Butirannya
seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak
bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan
bersinar seperti
bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya
kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi
masih kelihatan
cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan
itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang
boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh
saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak
a da masalah
kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung
tapi kelakuannya
melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung..
pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT
menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga
hujung kaki,
segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti,
tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita
bertudung yang
kelakuannya
tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat
atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan
zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan
muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang
dan
bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi
lidah dengan zikir
kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar
perkara yang
mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun
masyarakat , lindungi
hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan
kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi
kaki kamu dari
melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari
berfikir perkara
yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,
lindungi hati
kamu
dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa,
maka tudung yang
kamu pakai akan menyinari hati kamu..itulah hakikat
tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang
erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam
mana saya nak buat
semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung,
itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha
Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan
untuk
melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai
kesempurnaan yang
diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh
manusia akan
dibangkitkan.. ketika ditiup sangkakala yang kedua,
pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang
panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari
didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh
manusia
ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,anak
tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu
sama lain lagi ,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran
satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing
hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang
berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya
akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia
yang tergantung
amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun
buta ketika
dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada
yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana
hari itu Allah SWT
murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan
sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di
padang mahsyar yang
panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah
dipanggil
hari Hisab.. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha
untuk beramal pada
hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab
bila kita di tanya
oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha
Kuat , Yang Maha
Agung. . . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di
sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang
jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya
dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli
dan bisu..
wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain
muhrimnya, wanita yang
tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat
mengundang murka Allah
SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala
sesuatu yang
mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. semoga Allah SWT
menerima adikku
disisinya... Amin


hrap bleyh d jdikn teladan n b0leyh mrubah dri kter ke arh yg lbeyh bek...

No comments: