aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Tuesday, April 23, 2013

LA' TAQRABU ZINA !



Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : harap-harap sudilah baca entry nie :)
if ada yang tak betoi sila la tegur .
sory kalau ayat tunggang langgang ^^

ya Rabbi layakkah aku meraih cintamu ?
sebaik-2 tempat bermohon adalah ALLAH .
kerana ALLAH maha mendengar segala sesuatu  ..

okee now aku nak share pasai LA' TAQRABU ZINA .
tau tak maksud dia apa?
tak tahu ? tak pasti ? or tak ingat ?
jangan risau aku bagi tau nak ? :)
maksud "Jangan menghampiri ZINA "
zina tu macam mana ?
Berzina tu bukan hanya "bersetubuh " tapi macam yang bawah nie boleh membawa ke zina .
Mata tu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan)
Lisan tu berzina dan zinanya adalah bercakap perkara yang sia-sia,lucah dan sewaktu dengannya
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah untuk bermaksiat
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul untuk bermaksiat 
Hati itu berzina dengan berhawa nafsu mengingatkan perkara yang sia-sia
Faraj itu berzina dengan membenarkan atau mendustakan .

ada orang tanya couple tu haram ker ?
yes couple tu haram .
kenapa aku kata haram ye ?
sebab dengan bercouple boleh menghampiri kepada zina .
apa yang menghampiri zinanya kalau bercouple .
tak buat apa-2 pon couple je .
nak tanya sikit ye ker tak buat apa-2 ?
aku rasa ada .
bersentuhan dengan yang bukan mahram .
panggil sayang or panggilan manja yang belum waktunya nak panggil suma tu .
sembang perkara yang tak penting . i miss u , u miss me .
hati tu dok rindu-2, teringat-2 .
kaki berjalan pergi jumpa bf or gf .
tuh tanda ke arah zina !
yes memang tak bersetubuh tapi biler dah berdua-duaan akan ada yang ketiga !
nak tau sapa yang ketiga tu ??
iblis la !
time macam tu la peluang iblis nak menghasut ,menggoda .
sesungguhnya iblis tidak akan pernah berhenti menggoda sehingga hari kiamat .
jadi kita sebagai manusia kena la cuba tutup ruang supaya iblis susah nak goda kita !
tak hairanlah al-Quran suruh berwas pada perkara yang dianggap kecil .

Firman Allah : Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan .
(Surah al-Isra :32)





kalau nak bercinta tunggu lah after dah nikah .
lagi manis :) halal lagi .
pahala pon dapat ^^


JAUHI NYAMUK-NYAMUK IKHTILAT .

Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, datingtanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
 Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
boldkan sebab penting bagi aku :)

nak tau ikhtilat tu ape ?
sila ke entry aku yang ni IKHTILAT ! :)

tak dinafikan aku pon penah bercouple .
but tu dulu punya cerita .
and now aku single  eh bukan-bukan aku tak single .
aku sentiasa ada ALLAH ^_^
Kekasih hati yang sentiasa ada dengan kau 24 hours :)
sambung balik cita tadi ^^

bercouple sudah menjadi trend zaman sekarang .
bukan untuk remaja je tapi orang dewasa pon sama .

Rasulullah Saw bersabda :
"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli "
(Riwayat Ahmad) .

soal cinta amat akrab dengan soal hati . sebab tu lah hati perlu berada dalam keadan berhati-hati dengan perbanyakkan istighfar . bimbang rasa suka,cinta dan sayang yang suci tu terheret nak mesej selalu,call selalu,jumpa selalu .Then hati menjadi raja kepada jasad boleh mengarahkan badan ,lidah,tangan,kaki,mulut dan telinga bertindak secara salah .ketika inilah FITRAH menjadi FITNAH .


jom sama-sama kita jadi REMAJA yang DIKAGUMI ALLAH :)
ALLAH berfirman :
"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa"

sama-sama menjadi remaja yang memelihara kesucian diri .
ramaja yang membina kualiti fardu muslim insyaAllah akan dianugerahi Allah dgn Baitul Muslim .
Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan Khilafah .

Rasulullah bersabda :
"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan ."
(Riwayat Ahmad)
okeh done ni je kot .
harap bermanfaatlah untuk semua dan aku ^^
kalau ada kesilapan harap maaf .aku hanya insan biasa (pergh ayat!)

Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)





No comments: