(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Muhammad ayat 24
- MAKSUD tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik. Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya. Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri.
Tanda-tanda tadabbur
Allah telah menyebutkan dalam Al-Qur’an berkaitan dengan tanda-tanda tadabbur. Allah Ta’ala berfirman,
“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad).” (QS. Al-Ma’idah: 83).
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfaal: 2).
“Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata, “Siapakah diantara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira.”(QS. At-Taubah: 124).
“Katakanlah, “Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang yang diberi pengetahuan sebenarnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, “Mahasuci Rabb kami, sesungguhnya janji Rabb kami pasti dipenuhi.” Dan mereka menyungkur aras muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-Israa’:107-109)
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (QS. Maryam: 58).
”Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Rabb mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.” (QS. Al-Furqan: 73).
“Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata, “Kami beriman kepadanya, sesunguhnya Al-Qur’an itu adalah suatu kebenaran dari Rabb kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan (nya).” (QS. Al-Qashash: 53).
Maka, dapat disimpulkan tanda-tanda tadabbur, yaitu:
1. Menyatukan hati dan fikiran kerika membaca Al-Qur’an.
2. Menangis kerana takut kepada Allah
3. Bertambahnya kekhusyu’an
4. Bertambahnya iman
5. Berasa bahagia dan gembira.
6. Gemetar kerana rasa takut kepada Allah, kemudian diikuti dengan pengharapan dan ketenangan.
7. Bersujud sebagai bentuk pengagungan terhadap Allah.
Tapi macam mana yer nak bertadabbur? Persoalan sungguh!
*forwarded yang bawah ni. tapi input dia 'kena'.
Sedar Pada ana awwalan, kita harus sedar dan faham, ilmu tu dari Allah. Pucuk tadabbur yang kita inginkan harus pula bermula dengan benih ikhlas niat kita untuk Allah. Jika ikhlas yang kita niatkan, insyaALlah ikhlas yg akan kita dapat. Kan hadis popular menyatakan sebegitu, innamal a'malu binniaat.
Adab Adab harus ada. Bukan bermaksud adab semata dengan bersimpuh dan menjunjung sembah duli. Tetapi, adab hati, adabnya syahadah perlu untuk kita turuti. Bermulalah dengan mengetuk pintu istana: Rabbi zidni 'ilmuk. Ya Rabb ku, tambahkanlah akan daku 3ilmuMu.
Kemudian bukalah gerbang husnusdzhon kepada ALlah, seluas-luasnya. Panjat tangga usaha dan doa, segigih-gigihnya.
Kemudian mengadaplah... Mengadaplah sebagai hamba, bukan sebagai Tuan! InsyaAllah. Allah itu Al Rahman dan Al Raheem.
Latihan Ustaz ana pernah mengajarkan, antara latihan tadabbur ialah mencatitkan apa-apa kaitan yang timbul dalam fikiran kita setiap kali kita melalui sesuatu ayat. Catitkan, kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang ini dengan apa yang Allah ceritakan telah berlaku.
Receptors Antara deria pembelajaran manusia yang paling sensitif ialah 3: 1) Visual - visual 2) Auditory - bunyi dan 3) Kinesthetic - (pe)rasa(an). Ingat ayat dalam Surah Al Mulk dan As Sajdah : "waja'a lalakumu sam'a wal abshoro wal afidah - qalilamma tasykurun."
Manusia mempunyai kepekaan yg berbeza-beza terhadap ketiga-tiga deria ini. Ada orang lebih peka kepada visual, ada kepada auditori dan ada kinesthetik.
Uji dan kenali Kenalpasti di mana kepekaan kita. Bagaimana? Cuba dapatkan kembali satu pengalaman dalam hidup antum, samada berlaku semalam, telah lama dahulu, hari ini, atau akan berlaku. Suatu pengalaman yang memberikan suatu kepuasan, kegembiraan, keseronokkan. Gambarkan
Bagi ahli visual, gambarkan neraka, gambarkan angin berdebu yangbertiup, dan manusia mujrimun pada suatu ketika tertunduk malu, pada ketika lain terbelalak mata mereka ketika hari perhitunga. Gambarkan zaqqum. Buah nan berduri. Gambarkan nanah mendidih yang dituangkan masuk kekerongkong, dan mainkan gambaran wajah itu adalah wajah kita yang meminumnya bagaikan unta yang kehausan.
Dengarkan
Atau dengarkanlah pekik marah neraka ketika manusia mujrimun dilemparkan kedalamnya. Dengarlah lidah-lidah api yang hitam pekat menyambar. Bunyi taufan, pekik raung. Dengarkanlah.
Rasakan
Atau rasakanlah azab yang pedih. Rasakanlah zaqqum yang menyendat masuk melalui kerongkongan kita. Rasakanlah panasnya api hinggakan manusia tidak pula mati dan tidak pula hidup!
Subjek/Fokus
Halakan projeksi-projeksi tersebut kepada kita. Jadikan kita subjek apa yang diperkatakan oleh Allah dalam Quran. Bukan "mereka".
Jika diceritakan bertelekan mereka ddidalam syurga, diladeni oleh wildan yag sebaya. Bayangkanlah itu wajah kita. Dan bersedihlah, kita tidak mampu menhendaki itu. Melainkan dengan kehendak Allah.
Bila terbakarnya penghuni neraka, itulah kita, kerana disitulah layaknya kita dengan pengkhianatan kita selama ini.
Semuanya kita. Bukan mereka. Takutlah sekiranya kita tergolong dalam golongan kuffar. Kuffar yang menutupi hak dengan batil. Dan takutlah sekiranya bukan kita yang tergolong dalam golongan muslimun yang tunduk menyerah kepada Allah.
Bahasa
Peripentingnya mengetahui bahasa arab, InsyaAllah akan banyak menolong. Tetapi jangan dijadikan tidak tahu bahasa arab itu penghalang tadabbur.
Gunakan terjemahan. Musyhaf dikanan terjemahan dikiri. Baca satu demi satu ayat. Fikirkan apa yang diperkatakan, subjek ayat, pembuat,siapa buat? Keadaan. Kaitan. Dan berhenti/pause, ketika ayat itu membawakan atau menarik perhatian kita.
Istiqamah
Ulangi. Dan ulangi sesuatu ayat/surah. Fokus. Biar faham benar satu surah daripada tak faham benar satu quran.
Fokus
Tarik diri anda ke alam quran. Ketepikan distraction lain. Cari suasana yg membantu fokus. Kedutkan kening. Tumpukan hala pandangan kepadanya. Cari khusyuk.
Tangis
Tangisi diri kita. Ubah intonasi ketika ayat-ayat tertentu menyuruh antum berbuat demikian.
Akhir
Akhiri dengan tidak menutup gerbang husnusdzon. Berbaik sangkalah dengan Allah, samada berhasil atau tidak kita khusyuk didalam taman-taman atau lubang dan jurang al quran. Kerana "la yamassuhu illal mut^ohharun". Khusyuk itu, tadabbur itu,ilmu itu dari Allah semata. Bukan kehandalan diri.
Allahu Rabbi tersentuh bace blog ukhti yang aku copy paste nie :'( rasa aku jauh sangat dalam mendalami al-quran . baca al-quran selalu laju kemain dalam kepala nak cepat khatam . mana tau entah-2 tajwid tak betul . tak pernah nak hayati maksud setiap bait ayat tu . Allahu jahilnya aku ya Allah . penah aku bace al-quran sambil nangis tu pon sebab aku tengah ada masalah . sebab sedih biler ada kematian . sebab takut biler dengar cerita hari kiamat . tapi tu semua sekejap je esoknya aku buat perangai lagha balik . macam mana nak istiqomah dalam perubahan ye ? aku teringin nak hafaz al-quran tapi rasa macam tak mampu . nak menghafaz time thanawi hari tu pun merangkak-2 je . tapi belum cuba belum tau kan ?
ya Allah I need Your help to be a better Muslim . I know I make it hard on myself and don't try as hard as I should but please don't give up on me
I need You Allah don't leave me alone ya Allah
Salam alaik ^_^
WaAllahualam ::segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buru datang dari diri nie :: **mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar.. gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)
|
No comments:
Post a Comment