aneyz kun
Love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w ^_^

si cute n cool :)

Tuesday, April 30, 2013

encik mimpi !



Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.)

p/s : entry nie takda perkongsian ilmu .
if nak tengok aku mengarut lebih-lebih boleh la baca entry nie (nie baru sikit aku mengarut)
entry nie sebab aku nak tunjuk ke'excited'an aku dengan encik mimpi ^^

hai bagi sapa yang baca blog aku nie .
eh blog aku ade pembaca ker ?
or aku sorang ja yang baca blog ni ?
ahh abaikan sapa yang baca or tak yang pasti aku nak jugak menaip pagi yang indah nie (ceh ayat)
nak tanya nie sapa kenal encik mimpi ? kalau kenai kedip mata 3 kali .
haha aku pon baru ja kenai dia walaupun dia nie da lama dah orang kenai .
nampak sangat aku ketinggalan .
aku kenai pon sebab kawan aku Armalina yang dok cita .
thanks bebanyak sebab hg cita aku dah terminat kat suara encik mimpi nieh .
confirm pas nie lagu-lagu dia aku download .
tapi makan masa jugak la nak download tu sebab aku MALAS :)
haaa ! kalau nak tengok blog kawan aku armalina tuh boleh la klik nie link nie -->> fairytailina
blog dia lagi kemas n cun dari blog aku .
blog aku serabut dengan obses purple aku .
so kalau nak follow boleh la follow blog dia na !
btw tu 2nd blog dia . 1st blog dia telah didelete or telah dibuang or telah diremove or apa-apa yang sewaktu dengannya .

okeh-okeh sambung balik .
tadi dok tengok video-video dia kat youtube .
pergh ada yang terharu,best,lawak secukup rasa la video encik mimpi nieh .
tengah-tengah dok layan youtube tu ternampak link blog dia .
apa lagi dengan kelajuan 240 km/j aku terus klik link blog dia  dan Follow blog tu.
baca la entry-entry blog dia tu .
then ternampak satu entry mencuit jiwa raga aku (ayat poyo lagi .)
entry pasai bestie dia.
aku nie bab-bab sedih cepat sikit tacink .
jiwa nurani aku nie lembutlah katakan .
tak da lembut sangat kekadang kental jugak sampai penah ada yang fedup dengan aku (abaikan kalau ada ejaan yang salah) .
kembali ke entry encik mimpi tadi . sweet je aku baca citer dia pasai bestie dia tu .
kalau orang salah faham mesti ngat depa macam bf/gf .
dan orang kata lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik sebab apa aku tak tau .
tapi persahabatan depa sekerat jalan je . terputus ditengah jalan yang begitu panjang berjela-jela (apa yang aku mengarut)
dalam entry tuh dia siap ada bagi letter 4 ex-besfriend dia .
so sweet encik mimpi nie .
siap ada lagu lagi tu untuk ex-bestfriend dia . lagu tu touching gak .
dan aku dapat rasa keikhlasan dia nyanyi lagu tuh .
sikit lagi nak leleh tapi tak la leleh lagi .haha
tengah-tengah asyik layan blog dia baru terperasan last dia update blog  1/1/2012 tahun lepas lah tu kan ?
dia tak update blog dah ke?
ke dia ada blog lain yang aku tak tau ?
nak kena kaji selidik nie .
haha .


encik mimpi nie pon pandai melukis .
walaupun dia kata cuma conteng-conteng ja .
tapi aku still suka 'conteng-conteng' dia tu :)
nak tengok ke blog encik mimpi tu .
ke semua orang dah tau dan aku orang last yang tau blog dia ?
aku kan da ketinggalan jauh kebelakang pasai encik mimpi nie .
lantak korang la tau ke belum pasai blog tuh aku nak bagi jugak link blog dia !
nieh link blog -- >>Encik mimpi
bagi yang dah tahu awal dari aku jangan nak bising tau .
diam-diam sudah .
jangan buat aku malu sebab ke'excited'an aku :)

sebelom aku mengarut lebih panjang dan membosankan baik aku stop kat sini dulu .
nanti apa-apa aku update lain .
dan bagi kaum hawa yang lepasan SPM 2012 yang tak buat apa-apa tu jangan duduk online,makan, tengok tv ja .
tolong ringankan beban mak kita yang banyak tu .
kemas rumah , sidai kain , basuh kain,basuh pinggan .
yang bab masak aku tak mention sebab aku tak suka masak .
so aku tak nak buat lagi la buat masa sekarang :)
eh eh jap sebelum aku tu nak bagi tengok lagu sweetdream by encik mimpi .
lagu nie best aku suka !
enjoy this song :)


Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

Wednesday, April 24, 2013

LOVE after NIKAH

 

Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
 
P/S : if ade yang tak suka entry aku minta maaf bebanyak .
sumber entry :: i luv islam dan kata-kata fatimah syarha .
entry nie agak panjang coz aku gabung-gabungkan apa yang aku baca :)
hi my readers.
ade ker pembaca blog aku nie ?
haha syok sendiri je la ^^
biaq la syok sendiri pon .

haha nak buat sesi luah perasaan ni ..
semalam aku ade buat entri nie La' Taqrabu Zina
sapa yang tak baca lagi boleh la klik link tu .
then bile aku dah post kat fb ade sorang hamba ALLAH nie pertikaikan bercinta lepas nikah .
dia tanya aku macam mana nak kenal kalau tak bercinta sebelum nikah ?
hello kan ade bertunang .
time tu lah nak berkenal-kenalan tapi nak berkenal pon kena ade pemantauan family .
nak berjumpa kena berteman bukan berdua-duaan .
jumpa pon bukan saja-saja .
ada hal penting ja kalau nak jumpa pon .
akak dan abang ipar aku pon tak penah kenal sebelum kawin .
kenal pon time bertunang .
dan bila depa nak kuar nak pilih cincin aku ikot bukan depa keluar berdua .
boleh je? apa masalahnya ?
orang yang pertikaikan bercinta lepas nikah tu siap berbahas-2 dengan aku .
dia cakap aku jumud islam :(
jumud ke aku ?
kalau aku nak bercinta lepas nikah tu orang kata aku jumud aku tak tau la .
setahu aku bercinta lepas nikah tu lagi digalakkan dalam islam .
hubungan tu terpelihara . apa yang nak buat lepas nikah tu dah halal .
adakah aku yang salah?
 
 Baca bawah nie sebab apa aku nak bercinta lepas nikah >>
walaupun sebelum aku pon pernah bercouple .
baca dan paham betul-betul .
indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasai oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya. Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
 

Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:

Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".

Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".

 
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 



macam ustazah fatimah syarha cakap : "Rindu yang disuburkan selepas nikah akan berbuah yang tak sudah-sudah .Cinta terasa lebih indah selepas nikah .

why ?
coz couple is totally Halal ba'da nikah .

baca nie pulak >>


kata syeikh Yusuf Al-Qaradhawi .

أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'ashirah - 2].




pandangan dari bekas mufti Arab saudi,
Syeikh Utsaimin mengenai hubungan percintaan antara dua insan .

التواصل بين المتحابين على غير وجهٍ شرعي هذا هو البلاء ، وهو قطع الأعناق والظهور ، فلا يحل في هذه الحال أن يتصل الرجل بالمرأة ، والمرأة بالرجل ، ويقول إنه يرغب في زواجها ، بل يخبر وليها أنه يريد زواجها ، أو تخبر هي وليها أنها تريد الزواج منه ، كما فعل عمر رضي الله عنه حينما عرض ابنته حفصة على أبي بكر وعثمان رضي الله عنهما   
وأما أن تقوم المرأة مباشرة بالاتصال بالرجل فهذا محل فتنة
 
"Hubungan diantara kekasih adalah tidak wajar dan tidak syarie, ia murupakan jalan mengundang bala' dan bencana yang sebenar. Tidak dibenarkan bagi seorang lelaki menghubungi wanita didalam kes ini (bercinta), atau bagi wanita menghubungi lelaki tersebut. Jika dia berkata bahawa dia ingin mengkahwini wanita tersebut, maka hendaklah ia memberitahu walinya bahawa dia ingin berkahwin dengan wanita tersebut, atau wanita tersebut memberitahu walinya bahawa dia ingin mengkahwini lelaki tersebut, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar ra dimana beliau telah menawarkan anaknya Hafsah berkahwin dengan Abu Bakar ra dan Uthman ra. Akan tetapi jika wanita tersebut menghubungi lelaki tersebut secara terus, maka ini merupakan punya fitnah." - As’ilat al-Baab il-Maftooh (Soalan no. 868).
 

Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.
if ade yang tak betul sila tegur .
nak kata aku jumud pon terpulanglah .
pilihan kat tangan anda nak pilih bercinta lepas nikah or bercinta sebelum nikah .
aku harap aku akan bercinta lepas nikah .
jodoh,rezeki dan takdir hidup aku Allah dah tentukan time aku dalam perut mak aku lagi .
aku sekarang nak berusaha jadi baik.
tapi maca susah dan aku pon bukan kuat mana .
perangai pon gila-gila .
mulut pon agak hampeh .
kepala aku nie pon bukan betoi sangat ..
tapi kalau aku try memang aku duduk dekat tempat yang same je la kan ?
apa-apa pon aku harap orang yang dekat keliling aku dapat tolong aku jadi baik .
tegur kalau aku buat salah bukan mengutuk aku lagi teruk .
(ceh ayat poyo teramat)
haha ok la sebelum aku mengarot lebih panjang baik aku stop .

Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

:: buat entry nie bukan sebab aku gatai nak kahwin dah ye .
juz nak bagitau lebih baik bercinta selepas nikah . sebab banyak sangat nampak orang bercouple sekarang .

Tuesday, April 23, 2013

LA' TAQRABU ZINA !



Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : harap-harap sudilah baca entry nie :)
if ada yang tak betoi sila la tegur .
sory kalau ayat tunggang langgang ^^

ya Rabbi layakkah aku meraih cintamu ?
sebaik-2 tempat bermohon adalah ALLAH .
kerana ALLAH maha mendengar segala sesuatu  ..

okee now aku nak share pasai LA' TAQRABU ZINA .
tau tak maksud dia apa?
tak tahu ? tak pasti ? or tak ingat ?
jangan risau aku bagi tau nak ? :)
maksud "Jangan menghampiri ZINA "
zina tu macam mana ?
Berzina tu bukan hanya "bersetubuh " tapi macam yang bawah nie boleh membawa ke zina .
Mata tu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan)
Lisan tu berzina dan zinanya adalah bercakap perkara yang sia-sia,lucah dan sewaktu dengannya
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah untuk bermaksiat
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul untuk bermaksiat 
Hati itu berzina dengan berhawa nafsu mengingatkan perkara yang sia-sia
Faraj itu berzina dengan membenarkan atau mendustakan .

ada orang tanya couple tu haram ker ?
yes couple tu haram .
kenapa aku kata haram ye ?
sebab dengan bercouple boleh menghampiri kepada zina .
apa yang menghampiri zinanya kalau bercouple .
tak buat apa-2 pon couple je .
nak tanya sikit ye ker tak buat apa-2 ?
aku rasa ada .
bersentuhan dengan yang bukan mahram .
panggil sayang or panggilan manja yang belum waktunya nak panggil suma tu .
sembang perkara yang tak penting . i miss u , u miss me .
hati tu dok rindu-2, teringat-2 .
kaki berjalan pergi jumpa bf or gf .
tuh tanda ke arah zina !
yes memang tak bersetubuh tapi biler dah berdua-duaan akan ada yang ketiga !
nak tau sapa yang ketiga tu ??
iblis la !
time macam tu la peluang iblis nak menghasut ,menggoda .
sesungguhnya iblis tidak akan pernah berhenti menggoda sehingga hari kiamat .
jadi kita sebagai manusia kena la cuba tutup ruang supaya iblis susah nak goda kita !
tak hairanlah al-Quran suruh berwas pada perkara yang dianggap kecil .

Firman Allah : Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan .
(Surah al-Isra :32)





kalau nak bercinta tunggu lah after dah nikah .
lagi manis :) halal lagi .
pahala pon dapat ^^


JAUHI NYAMUK-NYAMUK IKHTILAT .

Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, datingtanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
 Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
boldkan sebab penting bagi aku :)

nak tau ikhtilat tu ape ?
sila ke entry aku yang ni IKHTILAT ! :)

tak dinafikan aku pon penah bercouple .
but tu dulu punya cerita .
and now aku single  eh bukan-bukan aku tak single .
aku sentiasa ada ALLAH ^_^
Kekasih hati yang sentiasa ada dengan kau 24 hours :)
sambung balik cita tadi ^^

bercouple sudah menjadi trend zaman sekarang .
bukan untuk remaja je tapi orang dewasa pon sama .

Rasulullah Saw bersabda :
"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli "
(Riwayat Ahmad) .

soal cinta amat akrab dengan soal hati . sebab tu lah hati perlu berada dalam keadan berhati-hati dengan perbanyakkan istighfar . bimbang rasa suka,cinta dan sayang yang suci tu terheret nak mesej selalu,call selalu,jumpa selalu .Then hati menjadi raja kepada jasad boleh mengarahkan badan ,lidah,tangan,kaki,mulut dan telinga bertindak secara salah .ketika inilah FITRAH menjadi FITNAH .


jom sama-sama kita jadi REMAJA yang DIKAGUMI ALLAH :)
ALLAH berfirman :
"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa"

sama-sama menjadi remaja yang memelihara kesucian diri .
ramaja yang membina kualiti fardu muslim insyaAllah akan dianugerahi Allah dgn Baitul Muslim .
Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan Khilafah .

Rasulullah bersabda :
"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan ."
(Riwayat Ahmad)
okeh done ni je kot .
harap bermanfaatlah untuk semua dan aku ^^
kalau ada kesilapan harap maaf .aku hanya insan biasa (pergh ayat!)

Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)





Monday, April 22, 2013

mengasuh ?



Bismillahirrahmanirrahim...
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)

p/s :: entry nie juz nak kongsi citer je :)
kalau tak nak baca boleh lar tekan X tu ye .
kalau nak baca sangat dialu-alukan ^^

uitt kome buat ape tu?
sihat2 ja kan hari ni?

nampak tak tajuk entry aku atas tu??
mengasuh??
sapa yang mengasuh?
takkan aku yang mengasuh kot.
pelik kalau aku yang mengasuh .
tapi itu lah kenyataannya .
nurul hanis (aku la tu ) mengasuh budak umur 8 bulan ! 
budak nie anak kawan akak aku .
dia minta tolong aku jaga untuk sementara nie .
tak penah aku yang bayangkan aku jaga budak kecik .
setakat anak sedara aku yang haziq tu jaga biasa-2 ja .
time haziq nangis,mandi ke ape ummi dia yang buat .
tapi budak kecik ni (hakim) suma aku buat .
mandi , buat susu , bagi makan , basuh segala apa yang patut suma ak !
hakim nie dah la susah nak biasa dengan orang yang baru dia kenal .
btw aku dapat handle walaupun agak payah..
betol-2 menguji kesabaran aku bila dia meragam .
nasib baik aku tak hilang sabar .
risau gak kalau aku buat macam pengasuh2 yang dera budak tu ..
haha insyaAllah aku tak buat macam tu ..
jangan syaitan hasut aku pulak .. nauzubillahiminzalik .
ada hikmah la tu kan aku kena mengasuh nie .
dapat jgk tambah duit aku yang sentiasa kering ni .
hehehe .

nie budak kecik tu -->
dah menyusu n penat nangis terus tido :)

good akim tido ye sampai ummi awak datang amik .
senang keja akak ^^
hehehe

Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)



Friday, April 19, 2013

Segmen : Gadis Blogger DSLR

Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)

wuut woot !
aku nak join segmen apit lagi nie ..
excited tengok doodle tuh ..
so bawah nie banner segmen tu :)

bagi yang nak join sila KLIK SINI !!
nickname : Nurul Hanis 
warna tudung : hijau cair 
warna baju :Hijau terang sikit

blogger yang ditag ::


okeh rasa semua syarat-syarat aku dah follow .
so join la bagi yang nak :)


Salam alaik ^^
Wallahualam
:: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

**mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

:: minat purple tapi dah nak pru so ambik warna hijau pulak la ^^


Thursday, April 18, 2013

IKHTILAT dalam islam

Bismillahirrahmanirrahim ..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
p/s : baca jangan tak baca entry nie :)
jangan risau insyaAllah takda perkara mengarut dalam entry nie . if ada terlepas pandang le tu :D

ape yang korang buat ye malam2 ni?
hope apa yang kita buat malam nie diredai Allah :)
malam nie aku nak share tentang 'IKHTILAT'
agak2 ada tak yang tahu ikhtilat tu ape?
confirm ramai yang tahu korangkan pandai2 semua .
bagi yang masih samar2 ikhtilat tu jangan risau .
aku bagi tau sikit ikhtilat tu ape ye ?

Ikhtilat dari segi bahasa : meramukan,menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain .
dari segi syarak : percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat,sama ada dalam bentuk kumpulan atau berdua-duaan .
okee sekarang dah tau maksud ikhtilatkan?
belum habis lagi ada lagi nak berhujah nie .
sabar-sabar ^^

ok aku sambung lagi ye !
kenapa ikhtilat nie dititikberatkan dalam islam?
kenapa??
sebab ikhtilat dalam islam begitu penting  bagi menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan .
semua umat Islam WAJIB menjaga ikhtilat tu.
bukan remaja je yang kena jaga tapi setiap jenis golongan termasuk orang dewasa .
sekarang dah faham sikit?
takpe kalau tak jelas lagi .
aku nak sambung lagi bagi jelas :)

bila sebut je pasai ikhtilat ni mesti ada masyarakat yang pandang remeh dan buat tak tau je.
dan aku dulu pon tergolong dengan golongan tu sekali :p
zaman moden sekarang ramai masyarakat yang tak pandang perkara2 macam ni.
bagi diorang nie perkara remeh yang tak perlu diperbesarkan .
ya Allah bertapa jumudnya minda masyarakat sekarang .

hadis Rasulullah :

"Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan dia ditemani oleh mahramnya.
Dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi 
ditemani oleh mahramnya ."
dalil tu membuktikan bahawa kita wajib menjaga diri iaitu menjaga ikhtilat.
Allah melarang serta mengharamkan wanita bermusafir seorang diri tanpa ditemani mahramnya.
dan Allah juga melarang lelaki dan permpuan duduk berdua-duaan .

see ! betapa ikhtilat ni dititikberatkan oleh Allah dan Rasulullah.
siapa kita nak meremehkan perkara ni ?
sekarang nak bagi tau hukum ikhtilat .
nak tau?
mai dekat-dekat dengan screen pc tu .
baca betul-betul ye .
Hukum asal ikhtilat yakni pergaulan antara leiaki dan perempuan ialah haram. Oleh hal yang demikian, ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya
al-Mufassat fil Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan serta hukum ikhtilat seperti di bawah : 
  • pertama: harus kerana terpaksa (dhorurah)
  • kedua :harus kerana keperluan (Hajat)
Bagi keadaan yang pertama berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Syaf'ie : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwat (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurah seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf dia berdua-duaan dengan wanita tersebut dengan tujuan untuk menemaninya. 

Bagi keadaan yang kedua pula, ulama berkata bahawa hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan .

antara perkara yang diharuskan ::
  • Ikhtilat kerana urusan jual beli .
  • ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
  • ikhtilat kerana menjadi saksi
  • ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
  • ikhtilat kerana melayan tetamu
  • ikhtilat kerana memuliakan tetamu jika perlu makn bersama 
  • ikhtilat kerana kerja-kerja jihad
  • ikhtilat untuk belajar atau mendengar
  • ikhtilat dalam suasana telah menjadi kebiasaan
cuba amalkan adab ikhtilat .
antara adab ikhtilat ::


  • tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan
  • tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat
  • jaga pandangan mata (lebih kurang dengan yang atas nie)
  • memelihara aurat dan kehormatan .
  • tidak mengeluarkan kata-kata kesat,lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kearah maksiat .
  • tidak berdua-duaan ditempat sunyi atau gelap


  • kaum hawa dan kaum adam sekalian .berwaspada ketika berurusan dengan berlainan jantina.
    boleh kadi urusan kamu diredai Allah atau mendapat yang sebaliknya iaitu kemurkaanNya.
    so jangan remeh-remehkan hal ikhtilat ni !

    katakan TIDAK pada pergaulan bebas sama ada yang sederhana atau melampaui batas syarak.
    seseungguhnya setiap undang-undang dan hukum yang diperintahkan Allah pada kita merupakan
    kebaikan untuk diri kita .
    setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terselit :)

    jom sama-sama try jaga ikhtilat :)
    insyaAllah kalau ada usaha ke arah kebaikan Allah permudahkan .
    kurangkan cakap perkara yang tak penting dengan berlainan sejenis .
    tambah-tambah kaum hawa !
    eh kaum hawa tu hang lah anis !

    jangan pandang remeh soal ikhtilat nie.
    sapa kita yang nak pertikai suruhan Allah?
    tepuk dada tanya iman ^^


    bagi yang tak tau ikhtilat tadi sekarang dah tahu sikitkan?
    aku pon dapat ilmu jugak pasai ikhtilat malam nie :)
    mana taknya dok search google sikit tadi nak tau pasai ikhtilat nie ^^
    alhamdulillah baik tahu sikit dari tak tahu langsungkan??

    bagi sesiapa yang ada penambahan or nak betulkan apa yang aku tersalah cakap amat dialu-alukan .
    aku pon still belajar .
    so ape lagi share-share la dengan aku yang ke'Miskin'an ilmu nie:) 

    okee itu je kot .
    mudah-mudahan bermanfaat tok korang dan aku :)

    Salam alaik ^^
    Wallahualam
    :: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

    **mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
    gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)

    :: ehem ehem aku pon tengah belajar nak jaga ikhtilat nie .
    if ternampak aku terlebih ramah dengan kaum bukan sejenis aku tegur-tegur la ye .


    Sunday, April 7, 2013

    Dia dah balik ! !

    Bismillahirrahmanirrahim..
    (Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani)

    p/s :: awas ! entry nie entry yang agak bosan..
    kalau tak nak bace boleh tekan "X" kat atas :)

    aipp-2..
    buat ape??
    jangan buat benda tak berfaedah noh ^^

    huihui nampak tak tajuk entry kat atas tuh ??
    "Dia dah balik" sapa dia tuh??
    "dia" tuh anak sedare aku ler (muhamad haziq)
    alahai sedih beno rasenye biler dia dah balik rumah umi dengan walid dia kat :'(
    takde dah la nak dengar dia menangis,sembang-2 (cara baby la)
    baru je balik petang tadi sekarang aku dah rindu..
    alahai gedik betoi >.<
    umi dengan walid dia dah janji tiap-2 minggu balik sini..
    tak balik tiap-2 minggu siap..
    meraung kerinduan larr aku dekat budak kecik kemetot tu :)
    balik sini nanti mesti lagi bulat..
    ohoiii lagi aku suka budak kecik bulat-2 nie..
    sedap dipeluk :)

    okee nie nak citer yang takde kene mengena langsung dengan tajuk entry nie..
    petang tadi mak aku paksa aku g follow kak cik mesyurat Ameerah..
    Ameerah tuh ape ye??
    Amerrah tuh untuk muslimat remaja..
    p tadi ya ALLAH aku rase kerdil giler..
    rase macam aku paling tak de ilmu (memang pon)
    malu,segan sume ade..
    rasa macam tak layak je duduk dengan depe sume..huhu :(
    dan depe lantik aku jadi salah sorang AJK depe..
    aduyaii ak tak pandai nak buat sume yang depe suruh..
    mampu ker aku??
    WaAllahualam ..


    okee lah nie je nak share..
    tak nak melalut panjang-2 satgi orang meluat pulak :p
    nah tengok gambaq budak kecik kemetot tuh --->>

    happy je haziq ^^


    nak balik dah maksu (haziq cakap)


    ummi walid tak nak balik nak duduk dengan maksu :(
    *haziq cakap


    Allahuakhbar terkejut teman ^^


    haziq umur 1 hari ^^


    ummi haziq baru beli bedung nie ^^

    :: Haziq maksu dah rindu haziq larh :(
    jadi anak umi n walid yang soleh ye sayang :)
    jangan kuat nangiis..
    opah haziq tak bagi maksu rindu haziq sebab takut haziq nangis kat sana :(


    Wallahualam
    :: segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri nie ::

    **mohon maaf jika ganti diri "aku" tu kasar...
    gune "aku" dalam blog nie rase lebih selesa :)